Belum lagiii...Royal Belum memang Terbaik!,..Jom Kita
Terlebih dulu, aku ingin mengucapkan banyak2 terima kasih kepada kwn2 yg mencari rezeki di Tasik Temengor dan Royal Belum. Mesti mika dah biasa baca segmen ‘Jom Ke Belum dan Sedikit info pasa Sejarah HuluPerak, dalam usaha aku bersama pihak Persatuan Pengusaha Pelancong Tasik Temengor untuk mempromosikan tempat tarikan pelancongan terutamanya daerah ni adalah tempat kelahiran aku ‘Gerik,Perak’. Masih banyak lagi yang perlu aku menulis bagi segmen ‘Jom Ke Belum’ ni tapi nak mencari masa untuk menulis tu sangat mencabar, lebih lagi tercabar… dengan tugasan yg sedia maklum menguruskan beberapa syarikat koporat dan urus event di kota yg penuh dgn cabaran seperti KL Lupor(Kuala Lumpur).
kali ni, aku akan membawa mika semua untuk kembali ke alam semulajadi. Aku pasti ramai yang biasa dengar mengenai Royal Belum deh!. Mustahil la kalau tak pernah dengar. Aku sebenarnya sangat teruja untuk menulis story kali ni sebab tempat ni merupakan salah satu tempat utk aku cas kelik aku punya otak dimana pd hari biasa aku di KL kota yg penuh dgn kesesakan..xyah cite le pasa KL ni aku rasa mika pon tahu deh!..
Royal Belum!… memang sebuah tempat yang penuh dengan mistik dan keunikan flora dan fauna. Kali ni aku bersama-sama Harian Metro akn menterjah hutan Simpan paling Tua diDunia iaitu Royal Belum.
Ini adalah kali keempat, aku bertuah kerana dapat menikmati keindahan di Royal Belum. Bagi mika yang dah lama mengikuti blog ni, pasti pernah terbaca kisah aku bawa Group Mustika Ratu Malaysia,Berita Harian dan Mingguan Wanita dalam misi explorasi, mempromosikan Royal Belum,dgn mendapat kerjasama kawan2 yg mencari rezeki disana dimana sebahagiannye telah pon bergelar tokey Houseboat dan spedboat tak ketinggalan Gerai mkn di Jeti Banding atau pun diPekan Gerik.Kami anak2 Gerik sama2 bersatu atas tiket Persatuan masing2..Persatuan Anak Gerik DiPerantauan dan Persatuan Pengusaha Pelancong Tasik Temengor utk mempromosikan dgn kadar cutkos!..Iaitu dengan kerjasama kawan2 drpd pihak media!..huhuhu..Lain le TS Muftafa Kamal dia org ber-Uang Pak!..hehehe..Hasil drpd promosi TS Mustafa Kamal..kawan2 di Banding ter..kena ler jugak tempiasnye,selain drpd membuka peluang2 perkerjaan kepada sedara mara kami yg berada diGerik!...hihihi..Tqsm Tan Sri…
Malas nak cite panjang..
Jom aku bawa korang(oppss!.. tersasul sleng KL) untuk mengimbau semula kisah dan sejarah mengenai Hutan Royal Belum. Sejarahnya memang panjang tapi aku cuba ringkaskan mana-mana bahagian yang penting.
Mika mesti dah pernah dengar mengenai Hutan Amazon kan? dan mesti mika rasa Hutan Amazon merupakan hutan yang tertua di dunia. Choiiii!!… tak beto fakta tu weii!.. Walaupun Hutan Amazon luas dia berkali ganda(bkn Ganda Temengor ye)..hihi.. daripada Hutan Royal Belum tetapi Hutan Royal Belum merupakan hutan yang tertua di dunia. Berdasarkan bukti saintifik dan sejarah, memang ternyata usia Hutan Royal Belum adalah 130 juta tahun lebih tua dari Hutan Amazon main2 mika..hehehe..
Hutan Royal Belum terletak di utara hujung Perak. Luas kawasan bagi hutan simpanan ini dilaporkan meliputi seluas 290, 000 hektar. Hutan ini dibahagikan kepada bahagian atas dan bahagian bawah. Bahagian atas hutan ini ditutupi oleh 117, 500 hektar kawasan hutan yang tebal dan memasuki sempadan Thailand-Malaysia. Kawasan hutan yang luas ini boleh dianggap seperti tembok semulajadi dan “gazette” sebagai zon keselamatan/ selamat. Taman simpanan Belum dan Temenggor dibiarkan tumbuh meliar kerana Kerajaan Perak telah memutuskan untuk mengekalkan kawasan tersebut sebagai simpanan semulajadi bagi tujuan penyelidikan. Bahagian atas hutan belum merupakan 90% yang belum diterokai manakala bahagian bawah umumnya diliputi oleh hutan sekunder. Memang merupakan kawasan yang amat luas untuk menjalankan penyelidikan!..huh..hebak!
Mengikut cerita asal org Belum Lama iaitu Pak Teh cerita sendiri pada aku, sebenarnya nama Hutan Belum ni diberi sempena bunyi yang dihasilkan oleh belalang besar yang menghuni hutan tersebut. Dikatakan belalang besar tu menghasilkan bunyi yang kedengaran seperti blum, blum, bluuuuummmm!. Apa yang dapat aku kupas lagi, kawasan di dalam tasik yang mengelilingi sekitar Hutan Royal Belum dan Temengor ni dahulunya terdapat perkampungan org Temengor yang dinamakan Mukim Temengor. Perkampungan tersebut telah dipindahkan diluar iaitu sekarang dikenali sebagai kampong Air Ganda dan kawasan tersebut telah ditenggelamkan akibat pembukaan empangan untuk mengelakkan kedatangan dan kegiatan komunis pada ketika itu.
(Nak tahu kisah selanjutnya pasa Belum dan Huluperak..Tunggu Buku Sejarah HuluPerak akn ku Terbitkan tak lama lagi..InshaAllah)
Hutan Royal Belum sememangnya kaya dengan pelbagai biodiversiti serta penemuan-penemuan alam yang tidak terdapat di tempat lain telah menjadikan ia hutan yang istimewa dan menyimpan khazanah yang bernilai. Dianggarkan, Hutan Royal Belum memiliki lebih 3,000 spesies flora selain 64 spesies paku-pakis, 62 spesies tumbuhan berlumut dan 23 jenis ikan sungai. Hutan Royal Belum juga mempunyai 3 daripada 20 spesies bunga terbesar di dunia (Bunga Pakma atau Rafflesia), di mana salah satu daripadanya dinamakan Azlanii sempena nama Almarhum Sultan Azlan Shah. Hutan Royal Belum juga menjadi habitat hidupan liar seperti Burung Enggang, Badak Sumbu Sumantera, Gajah, Beruang Matahari, Harimau Malaya dan Tapir serta juga mempunyai tarikan sungai seperti Sungai Kejar, Sungai Papan, Sungai Ruok, Sungai Tiang dan Sungai Kooi.
Ini yg tersurat yang tersirat..emmmmm..sendiri mau ingat le brader!..mcm2 ado..
.
Hutan Belum diisytiharkan sebagai Royal Belum (Hutan Diraja Belum) oleh Almarhum Sultan Azlan Shah pada 2003 serta telah diwartakan di bawah Enakmen Perbadanan Taman Negeri Perak 2001 oleh Kerajaan Perak pada 17 April 2007. Hutan Royal Belum juga dikenal pasti sebagai Kawasan Alam Sekitar Sensitif di bawah Pelan Fizikal Malaysia 2005 kerana menjadi tempat perlindungan hidupan liar.
Itu adalah serba sedikit maklumat mengenai aktiviti Hutan Royal Belum yang dapat aku salurkan. Sebenarnya, banyak jugak program disepanjang tempoh 3H 2M berada di sana. Kali ni, segala urusan penginapan serta program-program diuruskan oleh seperti tetera bawah ni, antara program-program semasa mika berada diRoyal Belum
Melawat perkampungan Orang Asli
Meneroka Air Terjun Kooi dalam misi mencari Bunga Rafflesia
Meneroka Sungai Ruok dan berjinak-jinak dengan ikan kelah
Mengenal pasti flora dan fauna dan melawat sira garam di Kem Sungai Papan
Aktiviti berakit di Kem Sungai Tiang
Memancing
Terokai Haiwan Liar
dan yg pasti kalau ikut trip aku menu mesti pelik2 akn ku sajikan kepada mika!..ye ler kan,mika sekarang ni berurusan trs dgn anak jati Grik yg ‘kaw-kaw’ jati..hihihi..
Bagi entri permulaan ni, aku akan berkongsi tentang bagaimana hendak ke Hutan Royal Belum dan maklumat-maklumat yang penting untuk ke sana.
Begeno nok gi(sleng Grik) Ke Hutan Royal Belum?
Senang sajeee nk ke Royal Belum cer…baca dan follow kami disini..
Rainforestexplore
No.35A,Jalan SG 3/12,Pusat Bandar Sri Gombak
68100 Batu Caves,Selangor
Website: www.rainforestexplore.com
Facebook: Rainforestexplore
TEL:03-61875816/012-2299534
Jong kito pakak-pakak gi terjoh hutan paling tuo didunio wei!...
Comments
Post a Comment