Sambungan Bahagian Kedua HuluPerak Dalam Sejarah(Raja Reman Pertahankan HuluPerak daripad Kerajaan Perak
Bahagia Kedua
HuluPerak Jiran-jirannya , dan Menetapkan Sempadan Negeri.
Jiran yang hampir sekali dengan HuluPerak pada zaman dahulu ialah Negeri Kedah dan Pattani.pada masa itu tidaklah ada sempadan yang tertentu diantara daerah Huluperak dengan negeri-negeri tersebut.Akan tetapi tiada berapa lama setelah Sultan Mansor Shah berpindah ke Kota Lama Kanan maka baginda telah mudik ke Hulu Perak diiringkan oleh Bendahara Megat Teraweh lalu membuat sempadan diantara HuluPerak dengan Pattani.
Ada pun sempadan yang ditetapkan baginda itu ialah mengajir dari Tapong membawa ke Padang Limau Nipis di oachak-achak Sungai Pattani.Di Padang Limau Nipis itu dijumpai baginda sepahon kekabu teralu besar batangnya bercabang dua.Yang satu condong arah Perak,bunganya kuning dan yang satu lagui condong kearah Pattani,bunganya putih.Maka bagi menandakan sempadan yang diTapong itu Baginda telah menetakkan pedang baginda yang bernama Perbujang kepada sebuah batu besar yang asa didalam sungai disituBatu tersebut terbelah dua tetapi mata pedang baginda hanya sumbing sedikit sahaja.Semenjak itu tempat tersebut dipanggil orang batu Belah.Akan pedang Perbujang itu masih ada tersimpan sehingga sekarang.
Sempadan-sempadan yang telah dibuat oleh Sulatan Mansor Shah itu diaakui oleh Raja Pattani dan telah terpakai sehingga bebberapa lama,sampailah kepasa Raja Reman bebrpecah daripada Pattanii seperti cerita berikutnya.
Perang Perak dengan Reman
Negeri Reman itu asalnya ialah sebahagian daripada Negeri Pattani.Akan tetapi kira-kira dalam tahun 1810 seorang daripada keluarga Raja Pattani,bernama Tuan Tok Nik Tok Leh telah bangkit memberontak melawan Raja Pattani lalu mengangkat dirinya jadi Raja diReman.Raja Pattani cuba memadamkan pemberontakan itu ,tetapi tidak berjaya disebab Tuan Tok Nik Leh telah lama bersedia dan berupaya mempertahankan negeri yang baharu dikuasinya itu.Meski pon tidak ada pertempuran besar yang belaku diantara kedua-dua buah negeri tersebut tetapi peperangan cara gerila berjalan bertahun lamanya.
Peperangan yang berlarutan diantara dengan Reman itu telah membuka peluang kepada orang siam yang sememang tealh lama bercita-cita hendak meluaskan kekuasaan mereka lebih jauh ke selatan.Mereka telah menunggu dengan sabar sehingga tiba saat yang terbaik,iaitu ketika kedua-dua buah negeri yang bergadoh sama sendiri itu sudah lemah dan tiada terdaya>pada ketika itu barulah sepasukan tentera siam yang besar masuk menyerang dan menakluk negeri-negeri itu dengan mudah sahaja.
Untuk mengongkong semangat penentangan yang mungkin telah daripada negeri-negeri yang telah ditaklukinya itu,Siam telah menjalankan dasar pecahan kemudian perintah seperti yang telah diamalkan oleh penjajah-penjajah Barat,iaitu dengan memecah-mecahkan negeri pattani itu kepada beberapa buah negeri kecil.Tiap-tiapsebuah negeri diperintahkan oleh seorang Raja dilantik oleh Siam.Negeri-negri itu ialah,Pattani Reman Nongchik,Jala,Legeh,Jiring dan Sai.Tuan Tok Nik Leh secara kebetulan telah diangkat menjadi Raja Reman.
Hasil yang banyak keluar dari negeri Reman itu adalah bijih timah iaitu didapati daripada lombong-lombong diHulu Reman dan juga lombong yang dikerjakan oleh orang-orang Reman secara haram diKelian Intan itulah yang menjadinya punca peselisihan diantara Perak dan Reman sehinnga membawa kepada belakunya peperangan yang berlanjutan dan mengorbankan banyak nyawa dikedua-dua belah pihak.
Dalam masa suasana perhubungan Perak dan Reman sedang diliputi mendung disebabkan oleh perbuatan orang-orang Reman mencuri masuk ke klian Intan itu maka tiba-tiba datanglah orang-orang Kedah menakluk Negeri Perak dengan suruhan Raja Siam dalam tahun 1818,serta memaksa negeri ini menghantar Bunga Emas ke Siam kerana Raja Siam ada berjanji,jika Sultan Perak dapat mencarikan baginda seekor gajah yang berkuku dua puluh maka tidaklah payah lagi Perak menghantar Bunga Emas pada tiap-tiap tahun.Pada suatu hari Dato’Panglima Kinta Ngah Abdul Sam telah mendapat seekor gajah jantan seperti yang dikehendaki oleh Raja Siam itu lalu dinamakan Chapang Pileh.Gajah itu kemudian dihantar dengan penuh istiadat ke Siam.Maka selepas ini tidaklah Perak menghantar Bunga Emas lagi.
Melihatkan kelemahan kuasa Perak ini Tuan Tok Nik Tok Leh,Raja Reman menjadi semakin galak dan berani lalu bertindak merampas secara terang-terangan kawasa lombong bijih timah diKlian Itan itu.Perbuatan Raja Reman yang ceroboh itu sangatlah menggusarkan Sultan Perak Paduka Abdul Malik Mansur Shah ibni Al-marhum Sultan Ahmaddin Shah,Sultan Perak yang ke XIX,1806-1824.Tetapi apakan daya kerana baginda tiada berkuasa hendak menghalau orang-orang Reman itu.
Hatta maka sampailah kepada zaman Paduka Seri Sultan Abdullah Muazzam Saha ibni Al-marhum Sultan Abdul Malik Mansur Shah Sultan Perak yang ke XX menaki tahta Kerajaan 1824-1830.Pada tahun 1826 baginda telah mengikat suatu perjanjian persahabtan dengan Syarikat Inggeris diPulau Pinang.Tidak bebrapa lama selepas membuat perjanjian dengan syarikat Inggeris itu bagunda telah menghantar sepasukan tentera yang kuat diketuai oleh Dato’ Seri Lela Dato ini sememangnya berasal daripada Kroh sebagai Panglima perang dan seorang wakil peribadi baginda,iaitu adik perempuan baginda yang bernama Raja Andak.
Ada pun Raja Andak itu bukan sahaja seorang puteri yang cantik jelita dan handal bermain senjata tetapi bijak juga bermain cinta asmara.Ia sudah tiga belas kali berganti suami.Ketika menerima perintah perintah paduka kekandanya pergi ke HuluPerak itu ia baharu sahaja berkahwin dengan Dato’Seri Lela.Jandanya yang terakhir sekali sebelum itu ialah Raja Kasim.
Oleh sebab kedatangan tentera-tentera Perak itu dengan cara mengejut dan tiba-tiba sahaja maka tidaklah sempat Tuan Tok Nik Toh leh membuat persediaanmelawan lalu ia pon berundur balik ke Reman.Tentera Perak dengan mudahnya telah dapat mengalahkan orang-orang Reman lalau menduduki Kubu Kapeh(Sekarang Kag Kapek)Klian Intan dan Kuala Kepayang.
Sungguh pun Raja Reman beroleh kekalahan akan tetapi tidaklah ia berdiam diri sahaja melainkan sentiasa berikhtiar mencari jalan hendak mengambil balik temat-tempat yang telah terlepas itu sama ada dengan jalan peperangan atau pun dengan tipu muslihat.Bukan itu sahaja,ia juga bercita-cita hendak merampas Raja Andak daripada Dato’Seri Lela,sebab ia telah naik berahi mendengarkan cerita kejelitaan paras Raja Andak itu.
Baginda telah menghantar orangnya pergi menyamar dan mengintip ke dalam kubur Kapeh,Tempat Raja Andak berkawal.Maka daripada keterangan yang diterimanya daripada pengintip itu ternyatalah Raja Andak sudah mulai jelak kepada suaminya Dato’Seri Lela dan diwaktu akhir ini mereka selalu berselilisah faham “ini suatu peluang baik” fikir Raja Reman.
Beberapa hari kemudia Raja Reman pun mengutus sesorang kepecayaan Baginda untuk menyamopaikan sepucuk surat secara rahsia kepada Raja Andak.Diantara lain surat itu mengandungi beberapa rangkap pantun yang membayangkan hasrat hati baginda Raja Andak.
Tetak-nyireh galangkan dapur,
Mari ditetak dengan dahannya,
Minta sireh barang sekapur
Mari minta dengan uannya.
Ikan kepiat mudik ke hulu
Lumba-lumba mudik sekawan,
Sudah niat dari dahulu,
Minta perhamba kepada tuan.
Lumba-lumba mudik sekawan,Mudik ke telok Tanjung Jati,
Minta perhamba kepada tuan,
Dari hidup sampai ke mati.
Kata berjawap,goyang bersambut.Dalam surat jawapan yang diterimanya daripada Raja Andak terdapat pula beberapa rangkap pantun yang menimbulkan harapan Raja Reman;
Anak ruan berlima-lima
Mati seekor diatas darat,
Kasih tuan sya terima,
Jadi hutang dunia akhirat.
Mati seekor diatas darat,
Disinar suria putih matanya,
Jadi hutang dunia akhiraty,
Sebab adinda sudah berpunya.
Di sinar suria puti matanya,
Batang kenanga ditepi telaga,
Sebab adinda sudah berpunya,
Seperti bunga dilengkar naga.
Batang kenangan ditepi telaga,
Buat galah perahu Cik Nyonya,
Seperti bunga dilengkar naga,
Carilah akal menyuntingnya.
Daripada perhubungan asmara bertukar menjadi pakatan jenayah Tuan Nik Tok Leh dan kekasinya Raja Andak telah mengatur suatu rancangan sulit untuk menghapuskan Dato’ Seri Lela.Pada suatu hari Raja Andak telah berpura-pura mengajak Dato’ Seri Lela pergiberkelah sambil menuba ikan disebatang anak sungai dalam perjalanan pergi ketempat perkelahan yang dikatakan itu Dato’Seri Lela telah diserang hendap dan dibunuh oleh orang-orang Reman pada suatu tempat bernama Vheroh Perak.
Kematian Dato Seri Lela mengemparkan orang-oarang Parak mereka menuduh Raja Andak yang bertangungjawap merancangkan perbunuhan ke atas Dato’itu sebab hendak berkahwin dengan Raja Reman.Tentera Perak di Kubu Kapeh dan KualaKepayang telah mengugut hendak memberontak jika sekiranya Raja Andak melangsungkan juga perkahwinannya dengan Raja Reman.
Maka Raja Reman sangtalah sukacita mendengar Dato’Seri Lela sudah terbunuh itu.Bagin da berserta pengiring-pengiringnya telah bergerak menuju ke Kubu Kapeh untuk mengambil Raja Andak.Sementara itu Raja Andak sendiri berasa ketakutan melihat gelagat pengikut Dato’Seri lela yang naik radang kerana kematian ketua mereka yang sangta dikasihi itu.Mereka sekalian telah datang telah datang berkumpul ke Kubu Kapeh lengkap dengan alat senjata masing-masing seperti orang hendak berperang.Dengan sebab itu sebaik kedengaran sahaja kepada Raja Andak bunyi kerato gajah Raja Reman melalui bikut bukau diBetong maka iapun tidaklah berlengah lagi mengajak orang-orangnya lari balik ke Perak.
Raja Reman cuba mengejar tettapi tidak berhasil kerana Raja Andak telah dapat menlepaskan diri detelah berjaya mengelirukan orang-orang yang mengejarnya itu pada suatu tempat bernama Simpang Perak.Caranya ia melepaskan diri itu ialah dengan menyuruh pengikut-pengikutnya lari mengikut jalan yang biasa di lalui orang manakala ia sendiri dengan menunggang seeokor gajah betina yang pantas lari mengikut jalan lain.
Dengan perasaan hampa bercampur marah yang meluap-luap Raja Reman pun patah balik ke HuluPerak lalu menawan Kelian Intan,Krih dan Kubu Kapeh.Hanya kubu Kuala Kepayang sahaja yang tidak dapat ditawan oleh Raja Reman sebab kubu tersebut kuat dipertahankan oelg orang-orang Perak yang diketuai oleh seorang Panglima Raja Sahid.Beliau lah yang berkuasa memungut segala cukai bijih dan beras yang dibawa hilir mudik melalui Sungai Riu dan Kuala Kepayang.
Setelah menawan HuluPerak itu maka Tuan Tok Nik Tok Leh pun berangkatlah kembali ke Reman dengan meninggalkan Kubu Kapeh dibawah jagaan anak perempuannya yang bernama Tok Nang Sikuat.Pasukan askar adalah juga ditempatkan diKroh dan Klian Intan.
Dalam tahun 1836 Colonel Low,Gebenor Pulau Pinang datang melawat Klian Intan dan Kroh kerana melihat lombong disitu.Beliau ialah orang Eropah yang pertama sekali pernah sampai ke tempat itu.
Kira-kira pada tahun Colonel Low melawat HuluPerak itulah Tuan Tok nik Tok Leh(Raja Reman)mangkat dan telah dimakamkan ditemoat yang bernama Langgar Bendang Saring dalam Negeri Reman.Baginda digantikan oleh puteranya yang bernama Tuan Nik Ulu.Raja Reman yang bahru ini mempunyai dua orang puter,yang sulong lelaki bernama Tuan Nik Jagong dan yang seorang lagi perempuan Tuan Nik Labu namanya.
Menuntut Bela
Pada 3 Ogos 1838 suatu pemberontakan melawan orang-orang siam telah meletus diKedah.Pemberontakan dipimpim oleh Tengku Muhammad Saad anak saudara Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah Sultan Kedah yang telah berhijrah mul-mula ke Pulau Pinang,kemudian ke Melaka,kerana menyelamatkan diri daripada ditawan oleh Siam.
Maka terjadilah peperangan yang dasyat diantara orang melayu Kedah dengan orang-orang Siam.Peperangan tersebut memakan masa hampir setahun lamanya dan berkesudahan dengan orang-orang Kedah menerima kekalahan yang teruk disuatu tempat bernama Titi Sami,Kira-kira sepuluh batu di Barat klian Intan.Masa itu ramai anak-anak dara dan wanita-wanita muda Kedah telah ditawan Siam dibawa ke Singapore dengan dicucuk cuping telinga mereka dengan rotan.
Ketika belaku kacau bilau diKedah ,Tok Nang Sikuat telah menjemput Raja Sahid,panglima orang-orang Perak yang mempertahankan kubu Kuala Kepayang itu tinggal bersama-sama dengannya sebagai suami isteri diKubu Kapeh.
Perbuatan Tok Nang Sikuat yang diibarat oerigi mencari timba atau lesung mencari antan(alu)itu sangatlah mengaibkan Raja Reman.Oleh sebab itu suatu rancangan utntk membunu Raja Sahid telah disediakan dengan tipu muslihat yang licin beliau akhirnya telah dapat diumpan keluar kesuatu kira-kira tiga batu daripada Kubu Kapeh bernama Rambong.Tiba disana Raja Sahid telah ditikam mati.Tok Nang Sikuat walaupun tidak dipecat daripada jawatan sebagai pemerintah Kubu Kapeh dan penjaga lombong-lombong diKlain Intan tetapi beliau telah teruk dikata nista serta dimurkai oleh Raja Reman.Setelah Raja Sahid terbunu maka pengikut-pengikutnya pun berundur meninggalkan Kuala Kepayang balik ke Perak.Kejadian ini berlaku lebih kurang dalam tahun 1842.
Sepuluh Tahun lamanya orang-orang eman bermaharajalela menguasai HuluPerak dengan tiada mendapat apa-apa gangguan sampailah kepada masa Seri Sultan Abdullah Muhammad Shah ibni Raja Kecil Besar Abdul Rahman(Sultan Perak yang keXXII)menaiki tahta Kerajaan.Pada tahu n 1852 baginda telah menghantar sepasukan tentera yang besar diketuai oleh Orang Kaya Seri Adika Raja Meor Abdullah(Dato’Seri Adika Raja yang keVIII)untuk merbut kembali HuluPerak serta menuntut bela keatas kematian Raja Sahid.
Berita kedatangan tentera Perak itu telah sampai kepada Tok nang Sikuat maka iapun mengumpulka sekalian orang-orang Reaman yang ada dikawasan HuluPerak dan melantik seorang panglima perang iaitu seorang muda yang gagah berani bernama Mengkong Deleha bagi mempertahankan serangan orang-orang Perak itu.
Mengkong Deleha telah berjaya memerangkap tentera-tentera Perak yang datang menyerang itu disuatu tempat bernama Lepang Nenering.Ramai tentera Perak terbunuh dan mana yang hidup habis melarikan diri balik ke perak membawa berita ketewasan yang menyedihkan itu.
Kekalahan dimedan perang Lepang Neneriang itu tidaklah sampai mematahkan semangat dan adzam Sultan Perak hendak mengambil kembali kawasan HuluPerak.Kira-kira dua tahun lepas itu baginda melengkapkan pula sepasukan tentera yang lebih besar.Kebanyakkan askar-askar dalam pasukan tentera Perak itu terdiri daripada bangsa Saiyed dibawah perintah seorang panglima bernama Siayed Abdullah,Adapun tujuan baginda menghantar tentera Saiyed ini adalah untuk menakutksn orang-orang Reman dan juga baginda berharap supaya orang-orang Reman tida berani melawan Siayed keturunan Nabi salla’llahu alaihi wassalam itu.
Sebaik sahaja Tok Nang Sikuat mendapat khabar tentang kedatangan tentera-tentera Perak itu maka dengan tidak bertempoh lagi iapun menghimpunkan orang-orangnya dan sekali lagi mengangkat Mengkong Deleha menjadi kepala perang.Mengkong Deleha telah menerima perlantikan itu dengan taat dan patuh lalu mengatur rancangan pertahanan yang kuat berhampiran dengan Kuala Kwa,Ia mendirikan kubu-kubu melintang suatu kawasa antara lembah yang sempit dimana askar-askar yang datang menyerang itu terpaksa melaluinya.Selain daripada itu diletakanya pula beberapa pasukan tentera untuk berkawal dilereng bukit disepanjang lembah itu untuk membantu asakr-askar yang bertahan didalam kubu tersebut.Pada kali ini Mengkong Deleha lebih berhati-hati membuat pertahanan kerana ia sedar,bukanlah mudah baginya hendak menentang serangan sepasukan tentera yang besar lagi kuat seperti tentera Perak yang datang itu.
Berbeza sekali dengan semngat dan perasaan tentera-tentera Perak yang datang menyerang itu,mereka menyangka tidak berjumpa dengan tentangan yang hebat,sebaliknya mereka berharap akan berolih kemenangan dengan mudah sahaja.Oleh sebab itu apabila mereka sampai ke lubu pertahanan orang-orang Reman dengan tidak berfikir panjang lagi terus menyerang.Maka terjadilah peperangan yang dasyat diditu,orang-orang Perak ramai yang gugur ditembak oleh orang-orang Reman dari dalam kbumereka.Sunggoh pun demikian mereka datang juga menyerangdengan degilnya seperti semut mengerumini buku gula rupanya.
Melihat kubu-kubunya kena kepong itu Mengkong Deleha pun terlalu marah,maka memberi perintah kepada orang-orangnya yang bersembunyi dilereng bukit keluar menyerang dari belakang brasian irang-orang Perak,ini menyebabkan orang-orang Perak menjadi kelam kabut di amok oleh orang-orang Reman.Akhirnya tiadalah bertahan lagi mereka lalu lari bertempiaran meninggalkan beratus-ratus orang kawan mereka terbunuh.
Semua musuh-musuh yang mati itu telah ditanam oelh Mengkong Deleha berjejar melintang tanah lembah dihadapan kubunya itu.
Comments
Post a Comment