KELADI kemahang atau nama saintifiknya colocasia esculenta merupakan sejenis tumbuhan ubi jenis keladi daripada keluarga araceae yang lazimnya tumbuh liar di kawasan agak lembap dan subur.
Menurut cerita orang dahulu kala, nama Kampung Kemahang diperoleh kerana kewujudan keladi itu yang banyak tumbuh meliar di kawasan itu.
keistimewaan keladi kemahang tidak gatal sama ada daun, pelepah dan sulur keladi. Namun, punca ia tidak gatal masih tidak diketahui hingga kini. jika salah teknik masakan, boleh menyebabkan keladi tersebut bertukar menjadi gatal dan tidak boleh dimakan.
“Cara masak keladi ni senang... lepas dicampurkan bahan asas seperti tempoyak dan lada, kacau sesekali saja. Masa di atas dapur jangan kerap mengacau atau balik-balikkan keladi, sebab boleh tukar jadi gatal sekali gus jejaskan rasa masakan,” katanya.
Mengikut petua orang dahulu, semasa mengambil batang keladi kemahang, ia perlu dicabut terus dari perdunya dan tidak boleh bertindih bayang si pengambil atau bayang pokok bagi mengelakkannya menjadi gatal.
“Selain tu cuba elak ambil keladi kemahang yang berbunga sebab biasanya ia gatal. Tapi, petua berkaitan pertindihan bayang itu tak lagi jadi ikutan orang sekarang.
“Selain itu, nak kurangkan rasa gatal, petuanya adalah batang keladi kemahang direbus dulu kemudian ditos airnya atau rendam dengan air bergaram sebelum dimasak,” katanya.
Sulur tak boleh digoreng
Elemen pertama menyediakan gulai masam tempoyak keladi kemahang ialah perlu mendapatkan sulur keladi.
bahagian batang keladi perlu dibelah pada bahagian tengah bagi membuang kulit luar menggunakan pisau tajam.
kerja memungut batang keladi kemahang yang lembut itu perlu dilakukan dengan memilih batang keladi matang dan segar sahaja.
“Sulur keladi kemahang yang masih muda boleh dijadikan beberapa jenis masakan antaranya gulai masam tempoyak, gulai lemak dan gulai asam pedas. Tapi, sulur keladi ini tak boleh digoreng.
“Pernah berlaku, ada penduduk cuba goreng sulur keladi kemahang dan memakannya. Kesannya dia terkena gatal-gatal hingga perlu dirawat di hospital,”
sumber:Sinar Harian Online
Jom Raso menu Orang Gerik!..
Apabila menyebut makanan Perak, ramai terbayang keenakan sambal tempoyak dan rendang Tok. Namun, tidak ramai mengetahui mengenai keenakan hidangan Melayu Pattani Gerik yang masih terkenal di kawasan Hulu Perak. Jika disebut nasi lemang daun bemban, umbut bayas air lawa, kelah masak lemak, ikan sebarau masak sakai, ubi gadong dan ikan baung masak lemak tempoyak, pasti tidak tergambar akan rupanya. Ada sesetengah generasi muda berasal dari Gerik tahu mengenai hidangan istimewa itu, namun kurang berminat untuk menghasilkan sendiri kerana perlu mendapatkan buluh sebagai bahan utama. Walaupun buluh dan daun bemban masih boleh didapati dengan mudah di kawasan berkenaan, cara masakan yang dianggap leceh itu membuatkan tidak ramai mahu meredah kebun atau hutan untuk mencari dua bahan berkenaan. Menurut Pengerusi Persatuan Anak Gerik Di Perantauan (Pagar), Tajuddin Mohd Ali, sajian istimewa itu adalah hidangan gabungan Melayu Gerik Pattani yang diturunkan nenek moyang terdahulu, namun...
Comments
Post a Comment