HULUPERAK DALAM SEJARAH BAHAGIAN PERTAMA.
Tiadalah diketahui kisah HuluPerak itu yang sebenar kerana tidak ada keterangan-terangan yang sah,yang boleh hendak dipegang sebagai kenyataan sejarah tetapi tidaklah syak lagi bahawa daerah tersebut itu ialah sebahagian daripada kawasan negeri Perak yang tertua juga.Telah wujud dan didiami orang semenjak beratus-ratus tahun dahulu lagi. Pada penghujung,Hikayat Tuah ada menyebutkan bahawa Hang Tuah tiada mati,kerana ia Hulubalang besar,lagi ia menjadi walilulah.Kononnya hangTuah ada dipucuk Hulu Sungai Perak,ia menjadi Raja orang-orang disana.Menurut cerita orang tua-tua Hang Tuah betul ada datang ke Hulu Perak,ia duduk bertapa pada suatu tempat bernama Sagenting Mambang.Kesudahannya ghaib disitu menjadi Orang Bunian. Kata satu riwayat yang lain pula,ada pun orang yang mula-mula membuka HuluPerak ialah Tun Saban anak Tun Perak (Bendahara Paduka Raja Melaka).Cerita kedatangan Tun Saban ke HuluPeraak itu ialah demikian; Apabila Negeri Melaka dikalahkan oleh Portugis dalam tahun 1511,Sultan Mahmud Shah serta anak isteri dan pengiringnya yang taat setia kepada Baginda berundur meninggalkan Melaka,mula-mula ke Hulu Muar kemudian ke Pahang lalu ke Pulau Bentam dan berkerajaan disitu. Ada lebih kurang 115tahun lamanya Sultan Mahmud Shah berkerajaan di Bentam maka pada tahun 1526 datanglah pula orang-orang Portugis menyerang Bentam.Sekali lagi Sultan Mahmud Shah berserta pengiring-pengiring Baginda terpaksa terpaksa berundur pada kali ini Baginda pergi ke Kampar di Pulau Sumatera lalu memerintah pula disana. Diantara orang-orang yang serta berundur ke Kampar itu termasuklah Tun Saban dan sekeluarganya seramai 12 orang iaitu isterinya,tujuh orang anak-anaknya,2 orang saudara lelaki dan 2 orang saudara perempuan.Ada pon nama anak-anak Tun Saban itu ialah Tun Kelawang,Tun Undan,Tun Dalap(Perempuan),Tun Kelalang,Tun Belonak,Tun Merah(Perempuan)dan Tun Bongsu Bangsawan(Perempuan). Tiada berapa lama Tun Saban tinggal diKampar itu,pulanglah ia ke Tanah Melayu lalu pergi berhijrah ke Hulu Pattani,Tinggal disuatu tempat bernama Beredong Budi.Dari sana kemudianya berpindah pula ke Belum diHuluPerak,membuka kampung ditempat yang bernama Relap Reli.Beliaulah menjadi ketua orang-orang di Belum itu.Maka sebagai pembantu kepadanya Tun Saban telah mengangkat seorang daripada adiknya yang perempuan yang bernama Tun Perobu menjadi Ketua ditempat yang bernama Temong,dikenali dengan gelaran Tok Temong.Suami Tun Perabu ini bernama Tun Temu.Mereka mendapat seorang anak lelaki bernama Tun Jaafar.Setalah dewasa Tun Jaafar berhijrah ke Pahang. Maka pada masa mula-mula Tun saban sampai ke Perak itu,Negeri ini belumlah beraja(bersultan)lagi tetapi penduduknya telah ramai.Kebanyakkan mereka itu ialah dagang sendiri yang datang berniaga ke sini dari negeri-negeri yang seperti dari Melaka,Selangor,Siak,Kampar,Jambi(Pulau Sumatera) dan lain-lainnya.Adapun menjadi Penghulu diPerak pada masa itu ialah seorang perempuan bernama Tok Masuka,iaitu berasal dari Daik.Pangkuan kepada Tok Masuka ini bernama Nakhoda Kasim iaitu seorang bangsa Temusai yang pandai bercakap berbagai bahasa seperti Arab,China,India,Acheh,Batak,Sakai dan sebagainya. Tiada berapa lama Tok Masuka pun kembali kerahmatulah,tetapi sebelum ia meninggal dunia itu,ada ia berwasiat hajatnya,Jika ia mati hendaklah dicari gantinya seorang Raja yang berasaldaripada cucu Sang Sapurba supaya zuriat Raja-Raja turun dari Bukit Si Guntang itu tiada terputus ditanah Melayu ini.Maka bermeysuaratlah seisi negeri akan memilih seorang yang diPertuan.Keputusannya bersetujulah dengan sebulat suara menyuruh Tun Saban dengan Nakhoda Kasim pergi ke Kampar mengadap Putera Baginda Putera Mahmud Shah,memohonkan seorang Putera Baginda untuk diRajakan diPerak. Sultan Mahmud Shah telah mengurniakan puteranya uang bernama Raja Mudzaffar Shah iaitu putera banginda Puteri Onang Kening anak Raja Kelantan,untuk diRajakan diPerak serta dikurniakan alat kebesaran(Bawar) sekali,iaitu terdiri daripada sebilah pedang bernama Chura Si Manjakini,Sebilah keris,sebuah chap yang ada tersurat perkataan “Sultan Muhammad Shah dzillu’llahi fi’l-alam” bernama Chap Kempa berserta Nobat dan surat Chiri. Selepas menerima titah perintah daripada Paduka Ayahanda Baginda untuk pergi ke Perak itu maka Raja Mudzaffar pun bersiap-siaplan hanya menunggukan saat yang baik jua hendak berangkat meninggalkan Kampar.Sementara itu Tun Saban telah balik dulu ke Perak menyediakan 77ekor gajah yang sarat bermuat dengan pelbagai persembahan penduduk huluperak lalu pergi menunggu ketibaan Raja Mudzaffar Shah diKuala Kangsar Perak. Manakala tiba ketika yang baik maka Raja Mudzaffar Shah pon berlayar meninggalkan Kmapar bersama-sama isterinya Tun Terang,Putera mereka Raja Mansor dan pengiringnya termasuk Megat Teraweh ibni Daulat Pagar Ruyong.Dalam pelayaran ke Perak itu Raja Mudzaffar Shah singgah diSiak dan Kelang kerana menziarah keluarganya yang ada ditempat tersebut. Masa diKelang itu Raja Mudzaffar telah berjumpa dengan Tumi iaitu orang Manjong yang selalu berulang alik berniaga diPerak ke Kelang.Nakhoda Tumi telah membawa Raja Mudzaffar ke Perak.Setelah belayar tidak bebrapa lama maka kapal yang dinaiki Raja Mudzaffar pun sampai ke Beting Beras Basah,(Kuala Perak).Dengan takdir Tuhan kapal itu pun tersangkut di Beting,beberapa pun dilayarkan orang tiada juga mahu terlepas.Melihat apa yang terjadi itu,Raja Mudzaffar pun bersawab-sawab titahnya. “Selengkong Tanah Minangkabau, Selilit Pulau Percha, DiLengkong ular Sikatimuna Berpisah Selat Melaka, Jika sah Betas Berdaulat, Lepaslah Sekalian malapetaka! Maka disahut oleh Tun Saban dan sekalian hamba rakyat yang ada menanti disitu dengan teriakan “Daulat Tuanku! “ sebanyak 3 kali.Setelah itu kapal yang dinaiki itipon terlepas masuk muara lalu mudiklah mengikut batang hari Perak.Maka Raja Mudzaffar sampai kesuatu tempat,dilihatnya seorang budak lelaki sedang menangis disisi mayat seorang budak lelaki yang lebih kurangsebaya umur dengannya.Raja Mudzaffar bertanya kepada budak itui titahnya,”Hai budak,mayat siapakah yang terbaring disisimu?” Budak itu menjawap,sembahnya adapun yang mati itu adalah abangnya sendiri yang telah ditikamnya dengan keris,kerana abangnya itu mengolok-olokkan perkataanya.Ia bertanya kepada abnagnyaakan nama buluh yang tumbuh ditepi tebing sungai disitu dengan berkata “Buluh apa itu abang”?Abang menjawap,”Buluh Apa adik” Itulah sebab ia menikam abangnya itu. Setelah Raja Mudzaffar mendengar perkataan budak itu maka tersangat sedih hatinya lalu baginda pun menerangkan maksud perkataan abang budak itu yang sebenarnya.Titah Baginda,Adapun jawapan Abangmu itu,nama buluh yang kamu tanyakan itu ialah ‘Buluh Apa’.Bukannya ia mengolok-olokkan kamu.Apabila budak itu mendengar titah dan perjelasan Raja Mudzaffar sedemikian ,maka ia pun menyesal sebab membunuh abangnya dengan tiada usul periksa itu,lalu ia pun menghunus keris dari pingannya.Ditikamnya keris itu kedadanya,ia membunuh diri. Setelah peristiwa sedih yang telah berlaku itu sangatlah mengharukan hati Raja Mudzaffar maka Baginda pun mendarat ditempat itu lalu menitahkan orang berbuat kota Istana dan tempat itupun dinamakan oleh Baginda Tana Abang.Setelah musta’ed sekalianya maka Baginda pun ditabalkan menjadi Sultan Perak yang pertama bergelar Paduka Seri Sultan Mudzaffar Shah Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Shah. Baginda diTabal menjadi Sultan Perak lebih kurang dalam tahun 1528.Pada masa pertabalan Baginda itu, Tok Temong ada datang membawa persembahan sejenis tangkal azimat bernama Mestika Embun.Akan Tok Temong ini akhirnya jadi seorang keramat,sekarang pun ada lagi kuburnya ditempat yang bernama Temong itu dipanggil Keramat Tok Temong. Apabila sudah ditabal maka Baginda Sultan Mudzaffar Shah pun memanggil Tun Mahmud(anak kepada Tun Isap Berakah dengan puteri Siat) yang ketika itu telah bergelar Seri Agar diRaja memerintah diSelangor,datang ke Perak lalu dijadikan Bendahara (Beliau adalah bendahara Perak yang pertama.)Akan tetapi Tun Mahmud telah dipaksa oleh Sultan Alauddin Ri’yaat Shah adinda sebapa kepada Sultan Mudzaffar Shah datang ke Johor. Beberapa lama kemudian Sultan Mudzaffar Shah berkerajaan diTanah Abang maka terjadi perselisihan diantara Baginda dengan Tun Saban,lalu bermusuh-musuhan kedua-duanya.Adapun yang menjadi punca perselisihan itu berpunca disebabkan Sultan Mudzaffar Shah berkehendakkan anak Tun Saban yang bernama Tun Merah itu dijadikan gondek Baginda tetapi Tun Saban tidak bersetuju sama sekali. Maka Baginda pun memanggil Tun Saban datang ke Istana hendak diperdayakannya.Tun Saban pun datang mengadap Baginda lalu dititah oleh Sultan Mudazaffar pergi mencari kayu ke dalam hutan untuk membuat istana Baginda yang baru. Selepas menerima titah perintah Baginda itu maka,Tun Saban pun balik kerumahnya menukar pakaian dengan tergesa-gesa hingga tanpa disedari bajunya terbalik.Kemudian iapun turun kepengkalan mengambil perahu lalu berkayuh kehulu,beberapa kali ditegur orang,’Baju datok terbali’ tiada dihiraukanya kerana pada pendengaranya orang-orang itu menyuruh beliau balik,lalu dijawapnya,”Pantang Tun Saban berbalik”.Maka sepeninggalan Tun Saban ke Hutan mencari kayu itu,datanglah orang-orang Raja mengambil Tun Merah dengan titah Baginda dibawa ke istana. Apabila sampai kehutan dikerahnya orang-orang Semag mengambil kayu,setelah cukup banyak lalu dibuatnya rakit,kemudian iapun mengalit ke hilir.Apabila sampai kerumahnya maka dikhabarkan orang apa yang telah belaku,Tun Merah telah diambil oleh Raja.Tun Saban terlalu marah lalu ia kembali masuk kehutan serta ditebangnya sepohon kayu tualang terlalu besar,kemudian dikerat-keratnya sepanjang sepuluh depa,ditajam pangkal dan hujungnya.Batang kayu yang sudah ditajamkan itu dipujanya selama tiga petang berturut-turut akhirnya batang itupon terbang seperti peluru berpandu menimpa istana Sultan Mudzaffar Shah, menyebabkan banyak kerosakkan kepada itu. Apabila diketahui oleh Sultan Mudzaffar Shah perbuatan itu datangnya daripada Tun Sultan Shah perbuatan itu datangnya daripada Tun Saban maka baginda pun tersangatlah murka lalu memberi titah menyuruh pukul Chanang iaitu barang siapa dapat membunuh Tun Saban maka orang itu dikurniakan gelaran jadi Bendahara menggantikan Tun Mahmud yang telah pergi ke Johor itu. Manakala didengar oleh Megat Teraweh akan tawaran baginda itu maka iapon masuklah mengadap Sultan Maudzaffar Shah berdatang sembah,mengaku mengerjakan seperti titah baginda itu.Setelah itu Megat Taraweh pun keluarlah mencari Tun Saban sambil bertanya-tanya kepada orang-rang yang dijumpainya sebab ia tiada tahu dimana Tun Saban berada.Maka diberi orang tahu,kata mereka Tun Saban sekarang sedang berkubu di Kuala Temonh,ia boleh dilihat moncol diatas kubunya tiga kali dalam sehari.Pagi-pagi berpakaian hijau,tengah hari berpakaian putih dan petang berpakaian merah. Dengan panduan beberapa orang penunjuk jalan Megat Teraweh pun sampailah ke Kuala Temong pada petang.Sebentar lagi kelihatanlah Tun Saban berdiri diatas kubunya,berpakaian serba merah maka ditembak oleh Megat Teraweh dengan intinggar(senapangnya),kena dada Tun Saban tetapitiada telap(tembus). Peluru tersebut jatuh ketanah lalu diambil oleh Tun Saban,dilihatnya peluru itu bertulis perkataan,”Inilah peluru anak Raja Pagar Ruyong,barang dimana ia jatuh,disitulah Tuannnya menjadi pembesar”.Maka tahulah Tun Saban bahawa ajalnya telah sampai,lalu iapun menyuruh orang memanggil setelah datang Tun Saban pun berkata,” Hai Megat Teraweh,hamba ini akan matilah terkena tembakan tuan hamba tetapi ada satu permintaan hamba kepada tuan hamba,iaitu sebelum hamba mati hendaklah tuan hamba berkahwin dengan anak hamba Tun Bongsu Bangsawan.” Permintaan Tun Saban itu telah diterima oleh Megat Teraweh maka ia pun dinikahkan dengan Tun Bongsu Bangsawan dihadapan Tun saban.Lepas itu Tun Saban pun meninggal,lalu dikuburkan orang disuatu tempat bernama Changkat Merah diHulu Perak.Sekarang gobah(kubur)Tun Saban itu terkenal dengan nama Keramat Tok Merah.Beberap[a orang daripada cucu cicit beliau akhirnya dilantik menjadi orang besar diNegeri Perak ini. Maka sangatlah suakcita Sultan Mudzaffar Shah mendengarkan Tun Saban sudah mati itu,beberapa puji-pujian baginda kepad Megat Teraweh lalau dikurniakan sekali gelaran Bendahara Paduka Raja. Lebih kurang dua puluh satu tahunmSultan Mudzaffar Shah diatas takhta kerajjan maka baginda pun mangkat lalu dikakamkan di Tanah Abang,gelarannya ‘Marhum Tanah Abang’.Ganti baginda menaiki takhta ialah putera banginda Raja Mansor,bergelar Paduka Seri Sultan Mansir Shah ibni Al-marhumSultan Mudzaffar Shah)1549-1577).Baginda mula-mula bersemayamdi Tanak Abang juga tetapi kemudian berpindah membuat kota istana di Kota Lama Kanan(Ke Hulu sedikit daripada Bandar Kuala Kangsar
KELADI kemahang atau nama saintifiknya colocasia esculenta merupakan sejenis tumbuhan ubi jenis keladi daripada keluarga araceae yang lazimnya tumbuh liar di kawasan agak lembap dan subur. Menurut cerita orang dahulu kala, nama Kampung Kemahang diperoleh kerana kewujudan keladi itu yang banyak tumbuh meliar di kawasan itu. keistimewaan keladi kemahang tidak gatal sama ada daun, pelepah dan sulur keladi. Namun, punca ia tidak gatal masih tidak diketahui hingga kini. jika salah teknik masakan, boleh menyebabkan keladi tersebut bertukar menjadi gatal dan tidak boleh dimakan. “Cara masak keladi ni senang... lepas dicampurkan bahan asas seperti tempoyak dan lada, kacau sesekali saja. Masa di atas dapur jangan kerap mengacau atau balik-balikkan keladi, sebab boleh tukar jadi gatal sekali gus jejaskan rasa masakan,” katanya. Mengikut petua orang dahulu, semasa mengambil batang keladi kemahang, ia perlu dicabut terus dari perdunya dan tidak boleh bertindih bayang si pengambil atau bayan...
Comments
Post a Comment