Jom mika ke Royal Belum!

HUTAN BELUM(ROYAL BELUM) Merangkumi keluasan 1,400 hektar daripada keseluruhan kawasan Belum yang berkeluasan 3,110 kilometer persegi, Lembah Belum Selatan merupakan destinasi baru eko-pelancongan semula jadi di Perak. Bersempadankan Lebuh Raya Timur-Barat sebagai pemisah antara Lembah Belum Selatan yang sedang dimajukan sebagai pusat pelancongan dengan Belum Utara yang masih menjadi ‘kawasan larangan’ dan berada di bawah kawalan keselamatan tentera dan polis, pelbagai cerita misteri dan khazanah alam menanti untuk diselami dan dijejaki oleh pencinta aktiviti alam semula jadi. Misteri di sebalik kekayaan habitat fauna dan flora di situ dikatakan ada hubung kait dengan legenda asal usul Belum. Nama Hutan Belum diambil dari nama asal perkampungan Melayu, Kampung Belum Lama yang dibuka oleh sepasang suami isteri bernama ‘Tok pulanghari’..Pasangan ini mendapat gelaran ‘Tok Pulanghari’ disebabkan kedua-dua pasangan ini boleh pulang dan balik daripada Pattani,Thailand ke Belum dalam masa satu hari dengan berjalann kaki didalam hutan belukar.Hutan ini meliputi enam buah perkampungan kecil yang wujud sejak tahun semenjak sebelum zaman kesultanan Melaka dan terletak ke utara Tasik Temengor.Tun Saban pernah menjadi ketua masyarakat orang-orang di Belum dan membuka kampung ditempat bernama Relap Reli.Semasa Tun Saban sampai ke Perak negeri ini belum ada Raja (Bersultan) lagi tetapi penduduknya sudah ramai.Kebanyakkan mereka itu ialahdatang berdagang sendiri yang datang berniaga ke sini dari negeri-negeri yang berjiran seperti dari Melaka,Selangor,Siak,Kampar dan Jambi. Kampung Belum itu sendiri pula dikatakan mendapat nama sempena bunyi yang dikeluarkan oleh sejenis belalang dimana diwaktu senja ia mengeluarkan bunyi ‘blum-blum’, yang banyak menghabiskan masa di atas pucuk pokok rotan. Pembinaan Empangan Temengor pada tahun 1975 bagaimanapun telah menenggelamkan keseluruhan cerita dan warisan tradisi masyarakat Melayu yang menghuni di Kampung Belum Lama. Ia termasuklah misteri cerita mengenai penemuan tiga mayat di kubur lama yang tidak reput di kampung tersebut serta tapak jatuh pesawat tentera yang menyebabkan bermulanya sejarah penubuhan pasukan Force 136 semasa Perang Dunia Kedua. Di dasar Tasik Banding, Empangan Temengor juga berkubur masjid dan sekolah di satu lagi perkampungan Melayu iaitu Kampung Temengor Lama yang terletak tidak jauh dari Pulau Perhilitan (Pulau Cendana). Keluasan seluruh Hutan Belum (utara dan selatan) mencecah 3,110 kilometer persegi, di Gerik pula melibatkan sempadan selatan Thailand di utara dan Jeli, Kelantan di selatan. Berada di paras 250 meter hingga 2000 meter dari aras laut, habitan flora dan fauna di Hutan Belum antara sumber alam semula jadi tertua negara yang masih kekal untuk dijejaki. Lembah Belum meliputi tasik buatan manusia terbesar yang berukuran 70 kilometer panjang dan 18,000 hektar lebar iaitu Tasik Banding yang mengandungi empat buah empangan terdiri daripada Empangan Temenggor, Empangan Bersia, Empangan Kenering dan Empangan Chenderoh. Perkampungan Orang Asli Kuala Sungai Kenyir yang mengandungi jeram dan air terjun serta ‘taman’ bunga patma (reflesia) merupakan destinasi pilihan unik yang menanti pengunjung di bahagian selatan Tasik Banding. Dengan pelbagai kemudahan penginapan semula jadi mengguna pendekatan tersendiri, pengunjung bebas membuat pilihan untuk menginap di pulau-pulau yang dibangunkan dan bermesra dengan habitat flora serta fauna Lembah Belum. Aktiviti menarik yang tidak harus dilepaskan setiap pengunjung ke Lembah Belum ialah menjejaki sira kuda, sira air dan memancing. Sira kuda ialah tempat hidupan liar mendapatkan ‘penawar’ bagi ketahanan badan, merupakan satu-satunya kawasan paling mudah dijejaki di negara ini. Di sira kuda, anda akan lihat bagaimana hidupan liar mengikut giliran untuk mendapatkan ‘penawar’ dan kekuatan badan dengan memakan tanah yang mengandungi garam galian. Anda juga berpeluang mengintip binatang menikmati air suam semula jadi di sira air sambil bermanja dengan pacat-pacat yang berkeliaran. Jika anda kaki pancing, Tasik Banding adalah ’syurga’ pilihan yang mengasyikkan sambil menyusur ke lubuk ikan dengan rakit buluh. Anda juga berpeluang melihat kerja mengambil madu lebah liar dari atas pokok tualang di Pulau Tujuh. Setiap pengunjung wajib mendapatkan jurupandu berlesen yang berdaftar dengan Taman Negeri. Untuk menjelajahi Lembah Belum mereka hanya perlu mengemukakan permohonan Permit dengan Taman Negeri.Pengurusan untk permit dikenakan bayaran sebanyak RM10 untuk warga Malaysia,utk Pelancong luarnegara dikenakan RM20 setiap seorang. Khidmat pemandu arah dan pengangkutan bot serta kemudahan kelengkapan aktiviti yang disediakan dikenakan bayaran. Jika berminat ke Royal Belum boleh melayari website: rainforestexplore.com Facebook: Rainforestexplore dan boleh terus menghubungi ke talian 012-2299534,03-61875816. Hidupan liar sama ada gajah, harimau, badak, seladang, rusa, kijang, sapir, babi, landak dan hidupan sejenisnya sedia menanti kunjungan anda.Jikalau anda ada rezeki utk melihat dan berjumpa dengan kehidupan tersebut..Selain daripada itu,Pihak kami memastikan sajian dan menu adalah terdiri daripada makanan Tradisional Melayu Pattani Gerik.Menu seperti Ikan Kelah Masak sakai,Kerabu Umbuk Bayas,Sambal Nyur,Tengalan Bakar,Rendang Masak Hitam Pattani,Rendang kuning Ayam Pattani,Ikan Budu Goreng dan lain-lain lagi dimana kami pastikan anda berpuashati. Untuk ke Lembah Belum, anda perlu ke Hulu Perak sama ada melalui jalan raya (bas dan teksi), kereta api sehingga Kuala Kangsar. Jika melalui jalan raya, anda perlu menyusur Lebuh Raya Timur-Barat (jika dari sebelah pantai timur) dan memasuki Jalan Kuala Kangsar-Gerik (dari sebelah selatan) atau melalui Baling serta Pangkalan Hulu jika dari sebelah utara.

Comments

Popular posts from this blog

Jom Raso menu Orang Gerik!..