BERAKHIRNYA SISTEM BERAJA DIHULUPERAK..KISAH SETERUSNYA....HULUPERAK MENJADI REBUTAN BRITISH,SIAM DAN PERAK

Melihat kubu-kubunya kena kepong itu Mengkong Deleha pun terlalu marah,maka memberi perintah kepada orang-orangnya yang bersembunyi dilereng bukit keluar menyerang dari belakang barisan orang-orang Perak,ini menyebabkan orang-orang Perak menjadi kelam kabut di amok oleh orang-orang Reman.Akhirnya tiadalah bertahan lagi mereka lalu lari bertempiaran meninggalkan beratus-ratus orang kawan mereka terbunuh. Semua musuh-musuh yang mati itu telah ditanam oleh Mengkong Deleha berjejar melintang tanah lembah dihadapan kubunya itu.Maksudnya melakukan sedemikian ialah sekiranya orang-orang Perak datang menyerang lagi tentulah mereka beroleh kekalahan sebab ‘tulah’ melangkahi kubur-kubur Saiyed itu.Ataupun boleh njuga perbuatannya itu difahamkan sebagai suatu penghinaan(ejekan)supaya kubur Saiyed itu yang dianggap suci oleh orang-orang Perak menjadi lapik kaki orang-orang Reman yang lalu lalang mengikut jalan tersebut. Tidak puas dengan kemenangannya diKuala Kwa itu Mengkong Deleha telah mengejar orang-orang Perak yang berundur itu hingga sampai ke Kuala Kenering tiada berapa jauh dari Hulu daripada pertahanan hadapan orang-orang Perak diTemelong.Sampai disini ia terpaksa berhenti kerana hari telah malam tambahan pula orang-orangnya sudah terlalu letih,ubat bedil mereka pun sudah habis.Masa berhenti di Kuala Kenering ini ia mendapat rahsia mengatakan orang-orang Perak yang diKubu Temelong itu banyak menyimpan ubat bedil. Mengkong Deleha telah mengambil keputusan akan mengambil ubat bedil daripada kubu Temelong itu sebelum meneruskan kemaraannya memburu orang-orang Perak yang lari jauh ke selatan.Ia telah mengerahkan orang-orangnya membuat beberapa buah rakit buluh.Apabila hari malam Mengkong Deleha dengan orang-orangnya pun naik keatas rakit buluh itu lalu berhanyut hilir ke Temelong dengan diam-diam. Setibanya diTemelong,Mengkong Deleha telah menyuruh orang-orangnya menunggu dibawah tebing manakala ia sendiri menyamar berpakaian dan bertengkolok cara orang Perak lalu memanjat tebing mengunakan sigai(tangga yang diperbuat daripada buluh)kerana kubu Temelong itu terletak diatas tebing tinggi.Dengan mengubah cara cakapnya mengikut pelat orang Perak ia telah dapat masuk kedalam Kubu Temelong dan bercampur gaul dengan orang-orang Perak dalam kubu itu dengan bebasnya. Setelah jauh malam,maka dengan tidak disedari oleh pengawal-pengawal kubu tersebut,Mengkong Deleha telah dapat mengambil tong bekas ubat bedil yang dikehendakinya itu lalu menggolekkanya kepada orang-orangnya yang sedang menunggu dibawah. Manakala Mengkong Deleha dan orang-orangnya telah dapat naik keatas rakit barulah pengawal-pengawal kubu itu sedar apa yang telah belaku maka mereka pun memukul tetawak(gong)alamat berlaku kecemasan dan cuba mengejar musuh-musuhnya itu.Oleh sebab tindakkan mereka itu telah terlambat maka terlepaslah orang-orang Reman itu lari jauh ke hilir lalu berkubu disuatu tempat bernama Pasir Jambi. Pencerohan musuh yang berani itu telah hebah dan orang-orang kampung yang berdekatan dengan kubu Temelong itu telah diberi peringatan pada malam juga disuruh berjaga-jaga.Sementara itu sepasukan tentera Perak dikejarkan ke hilir untuk menggempur musuh yang telah berkubu diPasir Jambi itu.Mereka telah sampai ke kubu tersebut kira-kira pada waktu dinihari lalu terus menyerang musuh-musuh yang sedang tidur disitu.Orang-orang Reman yang ada didalam kubu itu tidak sempat melawan,kebanyakkan daripada mereka telah dapat dibunuh oleh orang-orang Perak dan mana-mana yang hidup habis melarikan diri masuk kedalam hutan pokok jelatang gajah yang banyak tumbuh di kawasan itu.Mereka ini pun tiada berapa lama kemudianterpaksa keluar menyerah diri sebab tidak tahan miang jelatang tersebut. Mengkong Deleha walupun telah mengelami luka parah dalam pertempuran itu tetapi dapat melepaskan diri lari balik ke HuluPerak.Ubat bedil yang didapatinya dari Kubu Temelong itu telh memberi pertolongan besar menghalang dan melambatkan orang-orang Perak yang mengejarnya.Ketibaannya balik ke HuluPerak telah dialu-alukan oleh Tok Nang Sikuat. Meski pun kemudian daripada ini nama Mengkong Deleha tidak berapa disebut-sebut orang tetapi dia beroleh nama yang baik dinegerinya.Ia hidup sampai tua dan apabila ia meninggal dunia jenazahnya telah dikebumikan diBetong dengan penuh penghotmatan.Biar pun jasadnya telah tidak ada lagi namun demikian namanya tetap hidup didalam kenangan dan ingatan bangsanya sebagai seorang pewira negara.Sama seperti Hang Tuah kepada orang-orang melayu.Kuburnya diBetong itu dihormati orang dianggap sebagai keramat.Benarlah kata pantun Melayu; Pulau Pandan jauh ketengah, Gunung Daik bercabang tiga, Hancur badan dikandung tanah, Nama yang baik dikenang juga. Selepas daripada pertempuran besar diKuala Kwa itu tidaklah lagi Sultan Perak mencuba hendak mengambil balik daerahnya yang telah dikuasai oleh Reman itu.Sebaliknya orang-orang Reman sentiasa mengembangkan kekuasaannya semakin jauh ke selatan. Untuk menyekat kemaraan pengaruh Raja Reman ini kenalah kerajaan Perak membuat rayuan kepada kerajan Siam melalui kerajaan Kedah.Setelah diadakan beberapa kali perundingan maka pada 1882,dengan jasa baik Gebenor Singgora lalau ditetpkan perenggan diantanra Perak dengan Reman setakat Bukit Nasah(antara Kg Kenyat dan Kg Tawai).Sungguhpun begitu pertikaian sempadan antara Perak dan Reman belumlah selesai.Penceroboh dikawasan seempadan selalu juga terjadi sehinggalah tercapai Perjanjian Inggeris dan Siam(Angli-Siamese Treaty)tahun 1909. Raja Reman Yang Akhir dan Zuriatnya Tok Nang Sikuat meninggal dunia beberapa tahun sesudah pertempuran antara Perak dan Reman yang berakhir diKuala Kwa.Sementara itu Tuan Jagong(Gelarannya Pya Chawang)telah dinaik menjadi Raja Reman mengantikan ayahandanya Tuan Nik Ulu.Baginda telahmengangkat Adindanya Tuan Nik Labu menjadi penjaga lombong diKlian Intan. Adapun Tuan Nik Labu ini dianggap sebagai seorang keramat hidup.Ini terbukti daripada kejadian-kejadian luar biasa yang telah menimpa orang-orang yang cuba menginayainya.Tuan Mat suaminya yang pertama telah menumbuknya didalam suatu pertengkaran akibatnya ia dihinggapi penyakit lasa(mata kaki tangan)dan meninggal dunia tiada lama kemudian.Suaminya yang kedua telah mencakar Tuan Nik Labu dalam suatu perkelahian dengannya.Ia diserang penyakit gatal-gatal diseluruh badan,penyakit yang mana menyebabakan kematiannya.Demikian pula Tuan Perang suaminya yang ketiga,tiba-iba menjadi tuli(pekak)selepas memaki-maki Tuan Nik Labu. Dalam tahun 1888 Tuan Nik Labu bersama-sama dengan enam orang pengiringnya telah datang ke Kuala Kangsar sebagai utusan daripada Raja Reman kerana menyampaikan sepucuk surat kepada Bristish Resedin,Perak.Dari Kuala Kangsar mereka telah dibawa ke Taipaing kerana melawat Penjara ,Muzuim,Rumah Sakit dan makan angin naik keretaApi Taiping - Port Weld pergi dan balik.Tetamu Agong ini tinggal diPerak lebih kurang 10hari iaitu daripada 15hb sehingga 24hb October 1888.Tuan Nik Labu meninggal dunia dalam perjalanan tahun 1899. Raja Reman mempunyai banyak isteri dan gundik,salah seorang daripada mereka itu ialah Raja Perempuan Che Neng namanya.Maka dengan isteri-isterinya itu baginda beroleh 2 orang putera dan seorang Puteri. Putera yang tua bernama Tuan Menang,iaitu seorang yang tiada brapa elok perangainya,suka berkelahi dan selalu melakukan kekejaman kepada hamba rakyatnya ia telah dihukujm bunuh oleh Chau Khun(Gebenor Siam) dalam tahun 1892.Anakanda baginda yang tengah ialah puteri yang bernama Tuan Bayan manakala putera yang bongsunya pula bernama Tuan Lebeh iaitu seorang muda yang kacak dan lawa. Beliau sangat dikasihi oleh Raja Reman dan telah pun dicandangkan sebagai ganti baginda kelak.Gelarannya ialah Tuan Lebeh Long Raya,Raja mUda Bakak(Bangkok).Akan tetapi sayang,Tuan Lebeh tiada sempat menjadi Raja sebab beliau dituduh bersubahat dalam pakatan menentang Kerajaan Siam yang diketuai oleh Tengku Abdul Kadir,Raja Pattani.Dalam bulan september tahun 1899 ketika diKroh(Pengkalan Hulu),Tuan Lebeh telah dipanggil oleh pihak yang berkuasa Siam supaya datang ke Kota Baharu,Kelantan.Tiba disana beliau ditangkap dan dipasong lalu dibawa ke Singgora untuk dibicarakan.Keputusannya ia telah dijatuhkan hukuman sedemikian,pilih salah satu,25tahun penjara diSinggora ataupun 20tahun Penjara diBangkok,ibukota negeri Siam. Tuan Lebeh memilih hukuman yang kedua dengan sebab itu beliau pun dibawalah ke Bangkok dengan sebuah kapal api bernama ‘Chamreon’.Tetapi kapal tersebut karam dalam pelayarannya ke Bangkok itu dengan membawa Tuan Lebeh sama berkubur didasar laut. Kehilangan puteranya yang sangat dikasihi itu amatlah memeranjat dan mendukacitakan RajaReman yang tealh pon lanjut usia dan telah memerintah hampir lima puluh tahun lamanya itu.Beberapa minggu kemudian baginda pun mangkat.Maka dengan kemangkatan Tuan Jagong dan Tuan Lebeh ini tamatlah pemerintahan beraja di negeri Reman.Meski pun demikian cucu cicit mereka masih ada sehingga ke hari ini.Pada masa sekarang mereka itu bersemayam diKroh(Pengkalan Hulu,Perak). Setalah mangkat Raja reman maka lombong-lombong diKlian Intan itu pun terseralah kepada Raja Perempuan Che neng bonda Tuan Lebeh,itulah sebabnya kadang-kadang disebut Lombong Perempuan sahaja.ada pun Raja Perempuan Che Neng ini ialah seorang yang bijak dan cergas,ia sangat mengambil berat mengenai hal-hal dan perubahan yang berlaku ditempatnya.Beliau mangkat pada 14 Zul-kaedah S.H 1334 bersaman dengan tahun masihi 1915 dan telah dimakamkan diKroh,usianya 70tahun. Oleh sebab tersangat kasih kepada Tuan Lebeh maka sehingga habis hayatnya Raja Perempuan ini tiada mahu pecaya yang puteranya itu telah mangkat.Ia mengatakan Tuan Lebeh masih hidup didalam persembunyian sebab takut kepada Raja Siam.Dalam hal yang demikian selalulah beliau menjadi mangsa orang jahat yang datang menemuinya secara sulit dan berpuran-pura mengatakan ada berjumpa dengan Tuan Lebeh sambil membawa cerita-cerita yang direka,dengan tujuan hendak mendapat wang daripada beliau.

Comments

Popular posts from this blog

Jom Raso menu Orang Gerik!..