KELADI kemahang atau nama saintifiknya colocasia esculenta merupakan sejenis tumbuhan ubi jenis keladi daripada keluarga araceae yang lazimnya tumbuh liar di kawasan agak lembap dan subur. Menurut cerita orang dahulu kala, nama Kampung Kemahang diperoleh kerana kewujudan keladi itu yang banyak tumbuh meliar di kawasan itu. keistimewaan keladi kemahang tidak gatal sama ada daun, pelepah dan sulur keladi. Namun, punca ia tidak gatal masih tidak diketahui hingga kini. jika salah teknik masakan, boleh menyebabkan keladi tersebut bertukar menjadi gatal dan tidak boleh dimakan. “Cara masak keladi ni senang... lepas dicampurkan bahan asas seperti tempoyak dan lada, kacau sesekali saja. Masa di atas dapur jangan kerap mengacau atau balik-balikkan keladi, sebab boleh tukar jadi gatal sekali gus jejaskan rasa masakan,” katanya. Mengikut petua orang dahulu, semasa mengambil batang keladi kemahang, ia perlu dicabut terus dari perdunya dan tidak boleh bertindih bayang si pengambil atau bayan...
Popular posts from this blog
Jom Raso menu Orang Gerik!..
Apabila menyebut makanan Perak, ramai terbayang keenakan sambal tempoyak dan rendang Tok. Namun, tidak ramai mengetahui mengenai keenakan hidangan Melayu Pattani Gerik yang masih terkenal di kawasan Hulu Perak. Jika disebut nasi lemang daun bemban, umbut bayas air lawa, kelah masak lemak, ikan sebarau masak sakai, ubi gadong dan ikan baung masak lemak tempoyak, pasti tidak tergambar akan rupanya. Ada sesetengah generasi muda berasal dari Gerik tahu mengenai hidangan istimewa itu, namun kurang berminat untuk menghasilkan sendiri kerana perlu mendapatkan buluh sebagai bahan utama. Walaupun buluh dan daun bemban masih boleh didapati dengan mudah di kawasan berkenaan, cara masakan yang dianggap leceh itu membuatkan tidak ramai mahu meredah kebun atau hutan untuk mencari dua bahan berkenaan. Menurut Pengerusi Persatuan Anak Gerik Di Perantauan (Pagar), Tajuddin Mohd Ali, sajian istimewa itu adalah hidangan gabungan Melayu Gerik Pattani yang diturunkan nenek moyang terdahulu, namun...
Kampung Belum Baru dan Kaitan Kampung Belum Lama (Royal Belum) Penduduk kampung Belum Baru sekarang adalah merupakan keturunan asal Melayu Patani yang tinggal di Perkampungan Belum Lama sejak berkurun dahulu lagi di bawah naungan kerajaan Patani/Siam (Pemerintahan Raja Reman atau Raja Rahman). Pemerintah Inggeris yang menguasai negeri-negeri Melayu sebelum kemerdekaan dahulu telah mengambil Daerah Belum Lama ini dan meletakkannya dalam peta negeri Perak pada tahun 1909 melalui perjanjian British Siam. Menurut 'Buku Sejarah HuluPerak 1963' Tun Saban anak kepada Bendahara Melaka pernah menjadi ketua masyarakat di Kg Belum Lama,Ketika itu bukanlah nama Belum Lama,ketika itu nama Relap Reli,Kg Belum Lama dibuka oleh sepasang suami isteri dengan gelaran Tok pulang Hari..gelaran Tok pulang hari diberi kerana mereka suami isteri ulang alik Pattani ke Kg Belum Lama hanya mengambil masa satu hari sahaja.Kg Belum diberi nama BELUM..berpunca daripada bunyi belalang..Apabila masuk waktu m...
Comments
Post a Comment