ANDA penggemar makanan eksotik? Jika anda dalam perjalanan ke Taman Negara Royal Belum di Perak, jangan lupa singgah di sekitar kawasan Gerik untuk menikmati makanan itu.
Selain panoramanya yang memukau pandangan, Gerik juga rupa-rupanya ‘menyediakan’ anda dengan hidangan eksotik yang begitu menyelerakan.
Jika dahulu Gerik dikenali dengan kisah ikan ‘salmonnya’ kini Gerik muncul dengan produk terbaru iaitu hidangan Melayu Pattani yang kini seolah-olah menjadi buruan masyarakat yang inginkan sesuatu kelainan kepada lidah mereka.
Jika disebut nasi lemang daun bemban, umbut bayas air lawa, kelah masak lemak, ikan sebarau masak sakai, ubi gadung dan ikan baung masak lemak tempoyak, pasti tidak tergambar keenakannya, lebih-lebih lagi ia dimasak dalam buluh, pasti memberi kelainan kepada sesiapa yang ingin mencubanya.
Menurut Pengerusi Persatuan Anak Gerik Di Perantauan (Pagar), Tajuddin Mohd Ali, 33, sajian istimewa itu adalah hidangan gabungan Melayu Gerik Pattani yang diturunkan nenek moyang terdahulu, namun kurang ditampilkan secara meluas.
“Justeru, saya berusaha mengembalikan dan memperkenalkan semula resipi tradisional Melayu Pattani dengan sajian tradisi Perak, khususnya di Hulu Perak.
“Keunikan hidangan Hulu Perak terletak pada cara penyediaannya. Misalnya, hidangan nasi. Beras akan dibungkus menggunakan daun bemban yang tumbuh di pinggir hutan sebelum dikukus dalam tong khas atau dibakar seperti lemang dengan api sederhana.
“Daun bemban akan memberikan bau yang enak selepas nasi masak, sekali gus menambah selera ketika dinikmati bersama lauk pauk lain, dengan kelainan itu, masyarakat dapat merasakan sesuatu kelainan kepada makanan tersebut, dan sudah pasti ia sukar untuk didapati di tempat lain,” katanya kepada Sinar Online.
Berbicara lanjut, Tajuddin berkata, untuk menggamit nostalgia lama, selain nasi, lauk pauk juga menggunakan teknik memasak yang sama iaitu dimasak dalam buluh.
Sajian ikan sebarau masak sakai misalnya pasti memberi anda seribu kenikmatan, kerana cara memasaknya seolah-olah cara ‘orang-orang dahulu masak’, yang sudah semestinya mengingatkan anda kepada masakan nenek moyang kita dahulu.
Sementara itu, umbut daripada pokok bayas (seperti pokok kelapa) antara makanan yang menjadi pilihan kerana rasanya yang lemak manis.
“Ia enak dimakan bersama air lawa yang diperbuat daripada kerisik dan serai selain ditambah dengan rasa pedas serta masin bagi memberi imbangan kepada rasa umbut yang manis.
“Manakala sambal nyiur (kelapa) pula adalah satu kelainan dalam hidangan penduduk di sana. Ia dicampurkan dengan cili kering, cuka dan udang sebelum ditumbuk untuk menghasilkan sambal yang enak dinikmati bersama nasi panas,” katanya.
Oleh itu bagi sesiapa yang ingin merasai kenikmatannya, sebuah ‘dangau’ (pondok) telah didirikan oleh ahli Pagar tepi Sungai Air Berok, Gerik.
Berkonsepkan semula jadi, pondok itu dibina berhampiran sungai dengan deruan air sungai dan pemandangan alam sekeliling, pengunjung dapat menikmati hidangan unik yang disediakan dalam suasana mendamaikan.
Malah, pengunjung juga boleh merasai keenakan ikan budu atau kini lebih dikenali sebagai pekasam, selain itu, jika berkunjung ke Gerik jangan lepaskan peluang mencuba sajian ubi gadung dan jeruk kebebe.
Dan jika anda ke sana rakit serta pelampung turut disediakan, jadi lepas ‘penat’ makan bolehlah anda bermain air sebentar.
Pelbagai maklumat menarik mengenai keunikan makanan di Gerik boleh diperoleh menerusi www.rainforestexplore.com.
KELADI kemahang atau nama saintifiknya colocasia esculenta merupakan sejenis tumbuhan ubi jenis keladi daripada keluarga araceae yang lazimnya tumbuh liar di kawasan agak lembap dan subur. Menurut cerita orang dahulu kala, nama Kampung Kemahang diperoleh kerana kewujudan keladi itu yang banyak tumbuh meliar di kawasan itu. keistimewaan keladi kemahang tidak gatal sama ada daun, pelepah dan sulur keladi. Namun, punca ia tidak gatal masih tidak diketahui hingga kini. jika salah teknik masakan, boleh menyebabkan keladi tersebut bertukar menjadi gatal dan tidak boleh dimakan. “Cara masak keladi ni senang... lepas dicampurkan bahan asas seperti tempoyak dan lada, kacau sesekali saja. Masa di atas dapur jangan kerap mengacau atau balik-balikkan keladi, sebab boleh tukar jadi gatal sekali gus jejaskan rasa masakan,” katanya. Mengikut petua orang dahulu, semasa mengambil batang keladi kemahang, ia perlu dicabut terus dari perdunya dan tidak boleh bertindih bayang si pengambil atau bayan...
Comments
Post a Comment