Posts

Showing posts from April, 2015

Kembalinya Mr. Dennis Wombell Ke Gerik,Perak

Image
Info daripada Portal Rasmi Polis DiRaja Malaysia Kembara Imbau Kenangan Era Keganasan Komunis Bermula 22 Jun 2012, satu rombongan kembara daripada pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah bergerak dari Kuala Lumpur ke Grik, Perak. Kembara yang dikenali sebagai Kembara Community Policing, Polis Bersama masyarakat Orang Asli ini turut disertai oleh Mr. Dennis Wombell, yang pernah bertugas bersama dengan Polis Malaya pada era keganasan komunis. Police Lieutenant No.1042 Dennis Wombell dilahirkan pada 13 Januari 1932 dan telah berkhidmat sebagai Police Lieutenat di Tanah Melayu pada 22 September 1951 hingga 1 Mei 1956. Beliau juga pernah menjadi Platoon Commander 18 Jungle Company dalam tahun 1953 dan Pasukan Kedua Field Force (kini dikenali sebagai PGA) di Malaya yang beroperasi di sekitar Utara Perak dan sempadan Thailand. Beliau juga turut terlibat dalam opersi di sempadan Thailand (Ops Knot) dan terlibat dalam pembinaan Fort Kemar serta pernah ditugaskan untuk me...

Belum lagiii...Royal Belum memang Terbaik!,..Jom Kita

Image
Terlebih dulu, aku ingin mengucapkan banyak2 terima kasih kepada kwn2 yg mencari rezeki di Tasik Temengor dan Royal Belum. Mesti mika dah biasa baca segmen ‘Jom Ke Belum dan Sedikit info pasa Sejarah HuluPerak, dalam usaha aku bersama pihak Persatuan Pengusaha Pelancong Tasik Temengor untuk mempromosikan tempat tarikan pelancongan terutamanya daerah ni adalah tempat kelahiran aku ‘Gerik,Perak’. Masih banyak lagi yang perlu aku menulis bagi segmen ‘Jom Ke Belum’ ni tapi nak mencari masa untuk menulis tu sangat mencabar, lebih lagi tercabar… dengan tugasan yg sedia maklum menguruskan beberapa syarikat koporat dan urus event di kota yg penuh dgn cabaran seperti KL Lupor(Kuala Lumpur). kali ni, aku akan membawa mika semua untuk kembali ke alam semulajadi. Aku pasti ramai yang biasa dengar mengenai Royal Belum deh!. Mustahil la kalau tak pernah dengar. Aku sebenarnya sangat teruja untuk menulis story kali ni sebab tempat ni merupakan salah satu tempat utk aku cas kelik aku punya otak ...

Jom mika ke Royal Belum!

Image
HUTAN BELUM(ROYAL BELUM) Merangkumi keluasan 1,400 hektar daripada keseluruhan kawasan Belum yang berkeluasan 3,110 kilometer persegi, Lembah Belum Selatan merupakan destinasi baru eko-pelancongan semula jadi di Perak. Bersempadankan Lebuh Raya Timur-Barat sebagai pemisah antara Lembah Belum Selatan yang sedang dimajukan sebagai pusat pelancongan dengan Belum Utara yang masih menjadi ‘kawasan larangan’ dan berada di bawah kawalan keselamatan tentera dan polis, pelbagai cerita misteri dan khazanah alam menanti untuk diselami dan dijejaki oleh pencinta aktiviti alam semula jadi. Misteri di sebalik kekayaan habitat fauna dan flora di situ dikatakan ada hubung kait dengan legenda asal usul Belum. Nama Hutan Belum diambil dari nama asal perkampungan Melayu, Kampung Belum Lama yang dibuka oleh sepasang suami isteri bernama ‘Tok pulanghari’..Pasangan ini mendapat gelaran ‘Tok Pulanghari’ disebabkan kedua-dua pasangan ini boleh pulang dan balik daripada Pattani,Thailand ke Belum dalam ma...

Dari Sungai Air Berok,Kerunai,Gerik ke Hotel Five Star

Image
Salam....ehem-ehem Sebagai anak jati Grik Melayu Pattani,aku berasa bangga pabila menu yg dulunye dianggap menu kekampungan oleh segelintir anak2 Grik, kini berada setaraf dgn menu2 drpd luarnegara utk disajikan sempenan Ramadhan di Hotel Maya Jln Ampang. Dengan harapan kepada anak2 Grik khususnye kita sama2 mempromosikan produk kita ..Byk lagi produk yg ada diGrik dan HuluPerak perlu dipromosikan kepada dunia luar.. .. Antara Menu yg disajikan, 1.Nasi dlm buluh daun Bemban 2.Ikan kelah@Sebarau Masak sakai 3.Ikan Baung+Rebung Masak Lema 4.Rendang Masak Hitam melayu Grik 5.Rendang Ayam Pattani Grik 6.Umbuk bayas + Air Lawa 7.Ikan Budu Goreng 8.Sambal Picik Terung Ceweng 9.Sambal Nyur + Pucuk Pegaga Kampung

3 Hari 2 Malam Royal Belum dan Air Berok,Bersama Harian Metro..

Image