Pulau Tali Kail merupakan sebuah pulau yang cantik tanpa pencemaran dan pulau ini amat bersesuaian untuk pencinta alam. Aktiviti rekreasi yang dapat dijalankan disini ialah bersiar-siar di kawasan tasik dengan menaiki bot, memancing ikan air tawar, berehat,jungle tracking,melawat Kg Orang Asli,Jejak Reflesia, dan lain-lain lagi. Di antara kemudahan yang telah disediakan ialah tapak perkhemahan dengan kemudahan bilik mandi, tempat makan, dapur memasak, chalet, surau dan dewan serbaguna. Pengunjung boleh menggunakan bot penduduk tempatan dari Jeti Tasik Temengor.
Posts
Showing posts from 2015
- Get link
- X
- Other Apps
AKIBAT TIDAK SOLAT MAYAT BERWAJAH HITAM. ARWAH IBU LAWAT JENAZAH ANAK (Kisah Benar) Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital. Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening. Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih, badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa. Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu, wajah jenazah s...
- Get link
- X
- Other Apps
WANITA LIMA SUAMI!.. Wanita Ini Hidup Bahagia Bersama Lima Suami | PELIK TAPI BENAR | India – Seorang pengantin perempuan untuk lima pengantin lelaki. Tentu pelikkan? Tambah pelik apabila semua pengantin lelaki adalah adik beradik. Namun bagi Rajo Verma, 21, ia bukan sesuatu yang pelik malah dia menerima perkara berkenaan dengan tangan terbuka, selaras dengan adat yang diamalkan di tempat tinggalnya. Dia kini menetap di sebuah rumah yang hanya mempunyai sebuah bilik bersama semua suami itu. Rajo akan tidur dengan mereka mengikut giliran. Dia kini mempunyai seorang anak lelaki berusia18 bulan, namun Rajo sendiri tidak mengetahui siapa bapa kepada anak-anaknya itu. “Pada mulanya saya merasa sedikit pelik namun ia menjadi kebiasaan. Tidak ada pilih kasih terhadap semua suami saya. “Kami tidak mempunyai katil, hanya selimut yang diletakkan di atas tilam,’’ katanya. Jelas Rajo, ibunya sendiri mengahwini tiga beradik, justeru dia tahu dia akan mengalami perkara sama apabila dewasa ...
- Get link
- X
- Other Apps
Gadis gigit kemaluan perogol hingga putus. Zimbabwe, Dia hanya mengenali penyerangnya selama beberapa hari apabila lelaki berkenaan cuba merogolnya di rumah seorang rakan. Penyerang itu mula mengoyakkan pakaian gadis itu selepas mangsa enggan mengadakan seks dengannya. Selepas gagal melepaskan diri, gadis itu bertindak nekad menggigit hujung kemaluan lelaki itu hingga putus. Seorang saksi berkata: “Gadis itu meluru keluar dari rumah rakannya dengan menjerit ‘perogol, perogol, perogol.’ “Pakaiannya koyak rabak dan ada kesan darah padanya. Kemudian lelaki itu pula keluar menjerit ‘tolong, tolong, tolong.’ “Dia juga berlumuran darah. Ketika itu baru kami sedar gadis itu menggigit kemaluan lelaki itu.” Penyerang dilapor berguling di atas tanah kerana menahan sakit sebelum dia dihantar ke hospital. Dia bernasib baik kerana doktor berjaya menyambung semula kemaluannya. “Dia masih di hospital. Mungkin selama beberapa minggu lagi,” kata jurucakap hospital.
- Get link
- X
- Other Apps
Kisah Wanita Paling Hodoh Didunia Yang Pasti Membuka Minda Anda. Dulu kerap di-bully, kini jadi motivasi Lizzie Velasquez, 24, didiagnosis mengidap sindrom yang jarang berlaku, neonatal progeroid atau mempercepatkan penuaan awal yang membuat tubuhnya tidak boleh menyimpan lemak. Tidak kira berapa banyak dia makan, berat badan Lizzie tidak boleh bertambah dan hal tersebut membuatnya kekurangan gizi. Akibatnya, Lizzie kelihatan begitu kurus. Dia kelihatan bagai tulang berbungkus kulit. Lizzie pun kehilangan salah satu penglihatannya. Mata kanannya kini buta. Tetapi, gadis berusia 24 tahun tersebut tidak putus asa. Dia bahkan menjadi sumber inspirasi tentang erti kecantikan. Malangnya, perjuangan Lizzie untuk merasa dirinya cantik adalah hal yang sangat sukar. Sejak kecil, akibat keadaannya, gadis yang berasal dari Texas, Amerika Syarikat, tersebut sudah menjadi mangsa buli. Di sekolah menengah, Lizzie menemui sebuah video mengenai dirinya di YouTube dengan tajuk "â World S...
- Get link
- X
- Other Apps
Nikmat Sihat Sebelum Sakit. Tidak ada alasan untuk kita meninggalkan solat ketika tubuh sihat. Sesibuk mana pun kita bekerja kerana mencari nafkah untuk keluarga, bila masuk waktu kita perlu solat. Solat tidak boleh kita tinggalkan kerana kita mampu mengerjakannya. Semasa sihat inilah juga kita selalu diingatkan supaya banyak berzikir dan mengingati Allah. Bila kita ingat kepada Allah nescaya Allah juga akan ingat kepada kita. Ada sebuah riwayat yang menyebutkan mengenai seorang hamba Allah yang soleh telah mencapai usia 70 tahun tetapi masih sihat. Ketika ditanya seorang hamba Allah dia menjawab, “Anggota badanku ini sejak kecil aku jaga untuk selalu taat kepada Allah s.w.t. Oleh kerana itu Allah menjaganya untukku di saat aku sudah tua.” Nikmat sihat adalah paling agung yang sentiasa diharapkan setiap manusia di bumi ini agar dapat hidup bahagia dan sejahtera. Manusia boleh melakukan apa saja kerja jika sihat dan sekali gus menunaikan kewajipan kepada Allah yang berkaitan dengan...
- Get link
- X
- Other Apps
Dari Air Beruk ke hotel lima bintang MUHAMAD MAT YAKIM 29 Mei 2015 SUATU ketika, Sultan Perak ke-33, Sultan Idris Shah berangkat ke Gerik yang pada masa itu diketuai oleh Penghulu Tok Purba Lahamat. Kebiasaannya setiap kali turun ke Gerik, Sultan Idris akan minta dihidangkan masakan ikan kelah khusus dari sebatang sungai di Temenggor. Saya tidak ingat nama sungai itu. Bagaimanapun dalam salah satu kunjungan baginda, tiada bekalan ikan kelah diperoleh dari sungai berkenaan, lalu ikan kelah dari sungai yang lain dimasak dan dihidangkan untuk santapan baginda. Ketika bersantap, Sultan Idris dikatakan telah merungut mengenai kelainan rasa ikan kelah yang dihidangkan. Ini menunjukkan baginda sememangnya cukup arif mengenai ikan sungai. Walaupun ikan jenis yang sama, hanya kerana dari sungai yang lain, baginda dapat membezakannya. Lebih menarik kerana ikan itu sudah dimasak! Cerita ini bukan sahaja mengenai kepakaran Sultan Idris Shah mengenal perbezaan rasa ikan daripada habitatnya tet...
- Get link
- X
- Other Apps
Berbuka Puasa Kampung Delights With Traditional Authentic Dishes from Hulu Perak @Hotel Maya Kuala Lumpur June – July 2015 Berbuka Puasa Kampung Delights @ Maya Brasserie 18 June – 16 July 2015 Buffet Dinner RM 135 per adult RM 90 for children between 5 – 12 years old EARLY BIRDS voucher at RM 120 Celebrate the fasting month with a spirit of good will and togetherness in the exciting ambience of Maya Brasserie. During the month, Hotel Maya Kuala Lumpur will offering a month- long berbuka puasa buffet serving sumptuous home-styled of Ala Kampung sweets and savoury favourites accompanied by a spread of International and local delicacies to suit your palate. Guest chef, Chef Isa together with Maya Brasserie kitchen team will whip up servings of traditional authentic dishes from Hulu Perak especially for this promotion. Among favourites that will be served include Nasi Lemang Daun Bemban, Ikan Baung Masak Gulai Tempoyak Pattani, Ikan Sebarau Gulai Sakai, Rendang Ayam Pattani, Dagi...
- Get link
- X
- Other Apps
KUALA KANGSAR 7 Mei - Istiadat Mengambil Air Bersiram Tabal sempena Pertabalan Sultan Perak ke-35 yang bermula pada pukul 9.45 pagi tadi selamat disempurnakan kira-kira pada pukul 11.55 pagi hari ini. Jawatankuasa Pelaksana Adat dan istiadat, Datuk Seri Wan Mohd. Fathir Wan Hussain berkata, sebanyak tujuh bot yang membawa anggota dan peralatan istiadat termasuk 16 Geluk Mas Perak berjaya mengambil air di tujuh kuala Sungai Perak. "Kita selamat menjalankan salah satu istiadat berkaitan Pertabalan Sultan Perak ke-35. Kita bermula di kuala Sungai Kangsar dan berakhir di kuala Sungai Menora "Tugas mengambil air ini diberikan kepada Tok Nara Diraja dan Pawang Diraja. Air ini akan digunakan dalam Istiadat Bersiram Tabal selepas Tabal Pusaka berlangsung di Istana Iskandariah malam ini," jelas Wan Mohd. Fathir. Beliau berkata, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim akan Bersiram Tabal menggunakan air tujuh muara tersebut...
- Get link
- X
- Other Apps
ANDA penggemar makanan eksotik? Jika anda dalam perjalanan ke Taman Negara Royal Belum di Perak, jangan lupa singgah di sekitar kawasan Gerik untuk menikmati makanan itu. Selain panoramanya yang memukau pandangan, Gerik juga rupa-rupanya ‘menyediakan’ anda dengan hidangan eksotik yang begitu menyelerakan. Jika dahulu Gerik dikenali dengan kisah ikan ‘salmonnya’ kini Gerik muncul dengan produk terbaru iaitu hidangan Melayu Pattani yang kini seolah-olah menjadi buruan masyarakat yang inginkan sesuatu kelainan kepada lidah mereka. Jika disebut nasi lemang daun bemban, umbut bayas air lawa, kelah masak lemak, ikan sebarau masak sakai, ubi gadung dan ikan baung masak lemak tempoyak, pasti tidak tergambar keenakannya, lebih-lebih lagi ia dimasak dalam buluh, pasti memberi kelainan kepada sesiapa yang ingin mencubanya. Menurut Pengerusi Persatuan Anak Gerik Di Perantauan (Pagar), Tajuddin Mohd Ali, 33, sajian istimewa itu adalah hidangan gabungan Melayu Gerik Pattani y...
Kembalinya Mr. Dennis Wombell Ke Gerik,Perak
- Get link
- X
- Other Apps
Info daripada Portal Rasmi Polis DiRaja Malaysia Kembara Imbau Kenangan Era Keganasan Komunis Bermula 22 Jun 2012, satu rombongan kembara daripada pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah bergerak dari Kuala Lumpur ke Grik, Perak. Kembara yang dikenali sebagai Kembara Community Policing, Polis Bersama masyarakat Orang Asli ini turut disertai oleh Mr. Dennis Wombell, yang pernah bertugas bersama dengan Polis Malaya pada era keganasan komunis. Police Lieutenant No.1042 Dennis Wombell dilahirkan pada 13 Januari 1932 dan telah berkhidmat sebagai Police Lieutenat di Tanah Melayu pada 22 September 1951 hingga 1 Mei 1956. Beliau juga pernah menjadi Platoon Commander 18 Jungle Company dalam tahun 1953 dan Pasukan Kedua Field Force (kini dikenali sebagai PGA) di Malaya yang beroperasi di sekitar Utara Perak dan sempadan Thailand. Beliau juga turut terlibat dalam opersi di sempadan Thailand (Ops Knot) dan terlibat dalam pembinaan Fort Kemar serta pernah ditugaskan untuk me...
Belum lagiii...Royal Belum memang Terbaik!,..Jom Kita
- Get link
- X
- Other Apps
Terlebih dulu, aku ingin mengucapkan banyak2 terima kasih kepada kwn2 yg mencari rezeki di Tasik Temengor dan Royal Belum. Mesti mika dah biasa baca segmen ‘Jom Ke Belum dan Sedikit info pasa Sejarah HuluPerak, dalam usaha aku bersama pihak Persatuan Pengusaha Pelancong Tasik Temengor untuk mempromosikan tempat tarikan pelancongan terutamanya daerah ni adalah tempat kelahiran aku ‘Gerik,Perak’. Masih banyak lagi yang perlu aku menulis bagi segmen ‘Jom Ke Belum’ ni tapi nak mencari masa untuk menulis tu sangat mencabar, lebih lagi tercabar… dengan tugasan yg sedia maklum menguruskan beberapa syarikat koporat dan urus event di kota yg penuh dgn cabaran seperti KL Lupor(Kuala Lumpur). kali ni, aku akan membawa mika semua untuk kembali ke alam semulajadi. Aku pasti ramai yang biasa dengar mengenai Royal Belum deh!. Mustahil la kalau tak pernah dengar. Aku sebenarnya sangat teruja untuk menulis story kali ni sebab tempat ni merupakan salah satu tempat utk aku cas kelik aku punya otak ...
Jom mika ke Royal Belum!
- Get link
- X
- Other Apps
HUTAN BELUM(ROYAL BELUM) Merangkumi keluasan 1,400 hektar daripada keseluruhan kawasan Belum yang berkeluasan 3,110 kilometer persegi, Lembah Belum Selatan merupakan destinasi baru eko-pelancongan semula jadi di Perak. Bersempadankan Lebuh Raya Timur-Barat sebagai pemisah antara Lembah Belum Selatan yang sedang dimajukan sebagai pusat pelancongan dengan Belum Utara yang masih menjadi ‘kawasan larangan’ dan berada di bawah kawalan keselamatan tentera dan polis, pelbagai cerita misteri dan khazanah alam menanti untuk diselami dan dijejaki oleh pencinta aktiviti alam semula jadi. Misteri di sebalik kekayaan habitat fauna dan flora di situ dikatakan ada hubung kait dengan legenda asal usul Belum. Nama Hutan Belum diambil dari nama asal perkampungan Melayu, Kampung Belum Lama yang dibuka oleh sepasang suami isteri bernama ‘Tok pulanghari’..Pasangan ini mendapat gelaran ‘Tok Pulanghari’ disebabkan kedua-dua pasangan ini boleh pulang dan balik daripada Pattani,Thailand ke Belum dalam ma...