Pulau Tali Kail merupakan sebuah pulau yang cantik tanpa pencemaran dan pulau ini amat bersesuaian untuk pencinta alam. Aktiviti rekreasi yang dapat dijalankan disini ialah bersiar-siar di kawasan tasik dengan menaiki bot, memancing ikan air tawar, berehat,jungle tracking,melawat Kg Orang Asli,Jejak Reflesia, dan lain-lain lagi.
Di antara kemudahan yang telah disediakan ialah tapak perkhemahan dengan kemudahan bilik mandi, tempat makan, dapur memasak, chalet, surau dan dewan serbaguna.
Pengunjung boleh menggunakan bot penduduk tempatan dari Jeti Tasik Temengor.
KELADI kemahang atau nama saintifiknya colocasia esculenta merupakan sejenis tumbuhan ubi jenis keladi daripada keluarga araceae yang lazimnya tumbuh liar di kawasan agak lembap dan subur. Menurut cerita orang dahulu kala, nama Kampung Kemahang diperoleh kerana kewujudan keladi itu yang banyak tumbuh meliar di kawasan itu. keistimewaan keladi kemahang tidak gatal sama ada daun, pelepah dan sulur keladi. Namun, punca ia tidak gatal masih tidak diketahui hingga kini. jika salah teknik masakan, boleh menyebabkan keladi tersebut bertukar menjadi gatal dan tidak boleh dimakan. “Cara masak keladi ni senang... lepas dicampurkan bahan asas seperti tempoyak dan lada, kacau sesekali saja. Masa di atas dapur jangan kerap mengacau atau balik-balikkan keladi, sebab boleh tukar jadi gatal sekali gus jejaskan rasa masakan,” katanya. Mengikut petua orang dahulu, semasa mengambil batang keladi kemahang, ia perlu dicabut terus dari perdunya dan tidak boleh bertindih bayang si pengambil atau bayan...
Comments
Post a Comment