Tempat menarik di Gerik, Perak
Tempat menarik di Gerik, Perak | Jangan terkejut walaupun pekan Gerik adalah antara pekan yang kecil tapi susana dan pandangan di pekan Gerik sangat cantik dan super! Kiri dan kanan dilitupi oleh bukit bukau! Memang cantik dan menarik pemandangan terutama pada waktu pagi siap nampak kabus di sebalik bukit. Rasa damai dan sejuk mata memandang.
Padia yang menarik kat gerik ni?
Kalau dulu, bila sampai Gerikorang pesan hati2.. cakap santau lar,tempat jin bertendang lar,komunis lar,xdakapa pun semuanya terbaikdan ok je.., benda pertama orang akan tanya adalah kat gerik banyak gajah tak?Jika melalui jln Gerik -Jeli.. haha. Dulu orang tak kenal sangat Gerik ni. Paling-paling pun orang sebelah Pantai timur je akan kenal dengan pekan Gerik ni. Sebab Gerik merupakan pekan terakhir sebelum diorang mendaki merentasi Banjaran Titiwangsa yang memisahkan Negeri Perak dan Kelantan. So orang yang lalu Lebuhraya Timur-Barat tu, memang selalu terserempak dengan Pak Long atau Gajah. Sebab tu lah kalau orang sebut Gerik je, semua akan ingat gajah.
Jom Terjah Tempat menarik di Gerik.
Ada orang gelar Gerik ni tempat jin bertendang
Iye lah. Gerik ni merupakan sebuah pekan kecil yang merupakan pekan paling hulu bagi negeri Perak. Biasanya bila disebut "HULU", semua orang akan terlintas dalam fikiran, ianya sebuah tempat yang mundur yang penuh hutan banat, bukit-bukau semata-mata. Dan orangnya pula mundur, tak bertamadun. Eh suke2 korang erkk ckp orang Gerik ketinggalan dari ketamadunan. Kita pun ada liputan 4G tau! haha..Pekan Kecil tetapi semua ada,Pizza,Kfc,7E,Watson,The Store mcm2 ler lagi...
Tarikan utama Gerik
Tarikan pelancongan yang sangat termahsyur di daerah Gerik ialah Hutan DiRaja Belum, kawasan hutan yang luas ini boleh dianggap seperti tembok semulajadi dan di gazetkan sebagai zon keselamatan. Taman simpanan Belum dan Temenggor dibiarkan tumbuh meliar untuk mengekalkan kawasan tersebut sebagai simpanan semulajadi bagi tujuan penyelidikan dan semestinya tarikan utama di Royal Belum Forest ialah kepelbagaian spesis flora dan fauna yang terdapat di sana antaranya bunga pakma / bunga rafflesia bunga terbesar di dunia, ikan kelah jinak dan kepelbagaian spesies burung, termasuk lah spesies burung yang terancam (kepupusan) iaitu burung kenyalang.
Gerik cuma gah dengan nama Royal Belum je?
Sebenarnya dekat gerik sendiri pun banyak tempat menarik yang boleh dilawati atau dijadikan kawasan tarikan pelancongan selain daripada Hutan Royal Belum cuma banyak destinasi tersebut belum di highlight secukupnya oleh pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Daerah Gerik. Gerik mempunyai banyak tarikan alam semula jadi seperti gunung, bukit, sungai, air terjun dan juga tasik yang boleh dikomersialkan untuk memberi nilai tambah kepada industri perlancongan di Gerik. Namun sayangnya, pihak berkuasa tempatan sepertinya tak cukup bersungguh untuk melakukan publisiti untuk meningkatkan awareness terhadap tempat-tempat menarik tersebut.Paling best air beruk tauuu,..Ada nasi dlm bulu,lauk dlm buluh makan didalam air lag tauuu...huhuhu
Ikan Loma dah lama mudik semenjak empagan dibuka aktiviti unik ini boleh menarik pelancong seluruh Malaysia dtg ke Gerik.
Pada musim hujan sekitar bulan Ogos hingga November ikan loma akan mudik ke hulu dalam kelompok yang besar untuk bertelur.jadi masa tu, orang ramai akan berkumpul di tepi-tepi sungai Rui untuk menyauk ikan loma. Korang bayangkan la berapa riuh-rendah dan meriahnya suasana pesta tersebut!
Aktiviti wilderness yang banyak!
Tempat menarik di Gerik, Perak
PUNCAK GUNUNG PULUT - Credit http://www.sobriyaacob.com
Di Daerah Gerik juga mempunyai banyak bukit dan gunung-ganang yang sangat menarik untuk diterokai, antaranya Gunung Kenderong dan Gunung Kerunai. Setakat hari ini.?Berminat boleh terus ke fB castella xplorer park. Rugilah, sape xtry panjat Gunung 2K. Wilderness activities macam ni boleh jadi produk perlancongan bagi Gerik. Peminat sukan outdoor dan lasak semestinya akan teruja untuk mencabar dan menawan gunung-gunung di Gerik ni. Dengar cerita, trail gunung 2K blh tahan mencabar!
Daerah Gerik ni akan menjadi sebagai salah satu destinasi popular untuk kaki outdoor datang ke sini dan antara aktiviti yang boleh dibuat ialah seperti mendaki gunung Kenderong, water rafting dan sukan berkayak, menjelajah hutan atau air terjun, sukan motocross, menjelajah dengan pacuan 4x4, memancing dan lain-lain lagi.
Senarai tempat-tempat menarik di Gerik, Perak
1) Hutan Royal Belum
2) Pulau Banding
3) Dataran Kuala Rui (Lokasi Pesta Loma)
4) Batu Hampar
5) Lata Air Beruk (Castella Cafe)
6) Taman Bunga Rafflesia, Bongor
7) Pulau Tali Kail
8) Lata Pinang
9) Gunung Kenderong, Kerunai
10) Gunung Pulut, Papulut
11) Lata Ulu Lawin
12) Klian Intan
KELADI kemahang atau nama saintifiknya colocasia esculenta merupakan sejenis tumbuhan ubi jenis keladi daripada keluarga araceae yang lazimnya tumbuh liar di kawasan agak lembap dan subur. Menurut cerita orang dahulu kala, nama Kampung Kemahang diperoleh kerana kewujudan keladi itu yang banyak tumbuh meliar di kawasan itu. keistimewaan keladi kemahang tidak gatal sama ada daun, pelepah dan sulur keladi. Namun, punca ia tidak gatal masih tidak diketahui hingga kini. jika salah teknik masakan, boleh menyebabkan keladi tersebut bertukar menjadi gatal dan tidak boleh dimakan. “Cara masak keladi ni senang... lepas dicampurkan bahan asas seperti tempoyak dan lada, kacau sesekali saja. Masa di atas dapur jangan kerap mengacau atau balik-balikkan keladi, sebab boleh tukar jadi gatal sekali gus jejaskan rasa masakan,” katanya. Mengikut petua orang dahulu, semasa mengambil batang keladi kemahang, ia perlu dicabut terus dari perdunya dan tidak boleh bertindih bayang si pengambil atau bayan...
Comments
Post a Comment