Posts

Showing posts from May, 2017
Image
KEJADIAN bot Orang Asli terbalik selepas merempuh 'tunggul kayu' di permukaan Tasik Temengor, Banding, Perak mungkin tidak begitu diketahui oleh dunia luar, namun tidak pernah dilupakan penduduk di sekitar tasik yang terletak di Hulu Perak itu. Walaupun tidak dilaporkan di dada akhbar, kejadian yang berlaku pada pertengahan 1990-an itu pernah menjadi topik perbualan yang hangat kerana dianggap aneh dan luar biasa. Penulis berkunjung ke jeti awam Tasik Temengor untuk mendengar cerita sebenar daripada Roslan Hashim. Pengusaha warung makanan di situ merupakan antara 'orang-orang lama' yang cukup arif mengenai kisah yang berlaku di sekitar tasik tersebut. Roslan, 53, ketika menceritakan semula kejadian itu berkata, kemalangan yang menyebabkan bot dinaiki sekumpulan Orang Asli itu terbalik ke dalam tasik bukan kerana terlanggar tunggul kayu tetapi objek tersebut sebenarnya adalah seekor ikan tapah gergasi. "Saya sempat bertemu dengan Orang Asli yang terlibat da...
Image
Perang saudara di Hulu Perak Pada akhir abad ke 19, peperangan meletus di Hulu Perak. Peperangan ini turut melibatkan daerah kecil Lenggong, tempat kelahiran saya. Perang saudara tersebut hanya berakhir pada 1909. Setelah perang berakhir, Hulu Perak diserahkan kepada pemerintahan Negeri Perak yang ketika itu telah dijajah oleh Inggeris. Penyerahan bumi itu oleh kerajaan Siam adalah hasil Perjanjian Burney antara kerajaan Siam dengan kerajaan Perak di bawah pemerintahan Inggeris. Sebahagian daripada Hulu Perak, bermula dari tempat yang bernama Bukit Nasah di bahagian selatan adalah di bawah kekuasaan Siam. Kerajaan Siam melantik pembesar dan wakil raja sebagai pemerintah bahagian Perak Hulu yang dulunya dikenali sebagai Negeri Reman. Pemerintahan kerajaan Melayu Reman itu berpusat di tempat yang kini dikenali sebagai KampungSelarong yang terletak tidak jauh dari pekan kecil Pangkalan Hulu atau dulunya disebut Pekan Kroh. Bekas istana Tuan Jagung, Raja Reman yang terakhir, masih ...
Image
Kampung Belum Baru dan Kaitan Kampung Belum Lama (Royal Belum) Penduduk kampung Belum Baru sekarang adalah merupakan keturunan asal Melayu Patani yang tinggal di Perkampungan Belum Lama sejak berkurun dahulu lagi di bawah naungan kerajaan Patani/Siam (Pemerintahan Raja Reman atau Raja Rahman). Pemerintah Inggeris yang menguasai negeri-negeri Melayu sebelum kemerdekaan dahulu telah mengambil Daerah Belum Lama ini dan meletakkannya dalam peta negeri Perak pada tahun 1909 melalui perjanjian British Siam. Menurut 'Buku Sejarah HuluPerak 1963' Tun Saban anak kepada Bendahara Melaka pernah menjadi ketua masyarakat di Kg Belum Lama,Ketika itu bukanlah nama Belum Lama,ketika itu nama Relap Reli,Kg Belum Lama dibuka oleh sepasang suami isteri dengan gelaran Tok pulang Hari..gelaran Tok pulang hari diberi kerana mereka suami isteri ulang alik Pattani ke Kg Belum Lama hanya mengambil masa satu hari sahaja.Kg Belum diberi nama BELUM..berpunca daripada bunyi belalang..Apabila masuk waktu m...
Image
Enaknya tidur di dalam bilik yang dibuai ombak tasik. Meskipun kemudahannya amat sederhana - hanya katil bujang dua tingkat dan kipas, namun alunan lembut ombak tasik dan angin dingin membuatkan penulis berasa ingin lebih lama ‘bersantai’ bersama selimut. Peluang mengunjungi Taman Negara Royal Belum baru-baru ini sangat bermakna apatah lagi dapat merasai sendiri pengalaman tidur di dalam rumah bot di atas tasik. Kerana kekangan tugas, perjalanan ke Taman Negara yang gah namanya itu hanya dimulakan pada jam 8 malam dan penulis tiba di jeti Pulau Banding kira-kira jam 3 pagi. Oleh kerana kami tiba lewat, kami perlu menaiki bot laju yang mengambil masa 15 minit kerana rumah bot sudah bergerak ke tengah tasik dan ‘berlabuh’ semalam di Teluk Y. Bimbang juga untuk menaiki bot laju dalam suasana gelap. Namun, kepakaran Faridzul Atras Roslan dalam mengendalikan bot laju menghilangkan perasaan bimbang bercampur teruja. Meskipun Faridzul Atras, pemilik bot laju berkenaan masih muda, baru...
Image
Kapten Hubert Berkeley (1864-1942) : 'Raja Putih Hulu Perak' Oleh: Harith Faruqi Sidek Kapten Hubert Berkeley, circa 1922 di Hulu Perak ( Gambar: Royal Commonwealth Society) Jika James Brooke mendapat jolokan Raja Putih Sarawak, di semenanjung juga terdapat seorang lagi pegawai inggeris yang mendapat jolokan yang sama, iaitu Kapten Hubert Berkeley. Menariknya, Hubert Berkeley bukan seorang residen atau jawatan yang seumpamanya, sebaliknya beliau adalah seorang penjawat awam, atau lebih tepat lagi seorang Pegawai Daerah bagi Hulu Perak. Kerjaya Awal. Hubert Berkeley yang dilahirkan pada tahun 1864, berasal dari keluarga bangsawan, datuk beliau bergelar ‘Earl of Kenmare’. Hubert Berkeley memulakan kerjaya di Malaya sebagai seorang inspektor Polis di Dinding, Perak pada tahun 1886. Pada tahun 1889, beliau memasuki perkhidmatan awam negeri Perak dan ditugaskan di Daerah Hulu Perak mulai tahun 1891. Beliau kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Daerah di Klang...
Image
7 Bahaya Minum Air Daun Ketum Bagi Kesehatan Tubuh Banyak yang belum tahu bahaya minum air daun ketum bagi kesehatan tubuh, namun ternyata harus anda ketahui juga agar tidak berdampak kronis. Tanaman Ketum atau Biak merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di Afrika, Malaysia, dan Thailand. Tanaman ini tergolong famili Rubiaceae. Daun Ketum sejak lama dimanfaatkan sebagai bahan obat-obatan tradisional yang berfungsi memulihkan tenaga bagi wanita yang baru melahirkan. Selain itu juga digunakan untuk mengatasi masuk angin. Selain sebagai obat tradisional ternyata ada juga yang menyalahgunakan tanaman ketum ini. Pada tahun 2003 diketahui bahwa air ketum ternyata dapat menyebabkan ketagihan karena mengandung mitraginin. Setelah itu air ketum mulai dilarang karena berbahaya, berikut ini beberapa bahaya yang diakibatkan dari minum air ketum: daun ketum1. Berat badan yang menyusut Minum air ketum yang berlebihan bisa mengakibatkan berat badan menyusut. Hal ini serupa efeknya dengan baha...