PEKAN KATI! PADANG RENGAS - Bagi penduduk Kuala Kangsar, nama Kati bukanlah asing pada mereka namun ramai tidak mengetahui sejarah tempat itu dan bagaimana Kati mendapat namanya. Tidak banyak cerita disampaikan dari satu generasi ke generasi yang lain berhubung asal-usul nama Kati, justeru seakan mengiakan cerita disebarkan penduduk sejak turun-temurun. Alkisahnya, pekan Kati dahulunya merupakan tempat tumpuan kerana penduduk sekitar datang ke pekan ini untuk menjual bijih timah memandangkan masyarakat di sini terlibat dalam industri itu, puluhan tahun lepas. Ketua Kampung Kati, Mohd Nazip Osman berkata, penduduk di Kati dahulunya menjalankan kerja mendulang bijih timah di kawasan-kawasan gunung berhampiran. “Bila mereka mahu menjual bijih, mereka datang ke pekan. Bila kawan-kawan tanya, mereka kata nak ke Kati, nak timbang bijih timah. “Dari situlah bermulanya nama Kati. Sebelum itu kami tidak tahu apa nama kawasan ini namun dari mana Kati mendapat nama, dari kejadian itulah k...
Posts
Showing posts from April, 2017
- Get link
- X
- Other Apps
HULUPERAK DALAM SEJARAH BAHAGIAN PERTAMA. Tiadalah diketahui kisah HuluPerak itu yang sebenar kerana tidak ada keterangan-terangan yang sah,yang boleh hendak dipegang sebagai kenyataan sejarah tetapi tidaklah syak lagi bahawa daerah tersebut itu ialah sebahagian daripada kawasan negeri Perak yang tertua juga.Telah wujud dan didiami orang semenjak beratus-ratus tahun dahulu lagi. Pada penghujung,Hikayat Tuah ada menyebutkan bahawa Hang Tuah tiada mati,kerana ia Hulubalang besar,lagi ia menjadi walilulah.Kononnya hangTuah ada dipucuk Hulu Sungai Perak,ia menjadi Raja orang-orang disana.Menurut cerita orang tua-tua Hang Tuah betul ada datang ke Hulu Perak,ia duduk bertapa pada suatu tempat bernama Sagenting Mambang.Kesudahannya ghaib disitu menjadi Orang Bunian. Kata satu riwayat yang lain pula,ada pun orang yang mula-mula membuka HuluPerak ialah Tun Saban anak Tun Perak (Bendahara Paduka Raja Melaka).Cerita kedatangan Tun Saban ke HuluPeraak itu ialah demikian; Apabila Negeri Melaka dika...
- Get link
- X
- Other Apps
KELADI kemahang atau nama saintifiknya colocasia esculenta merupakan sejenis tumbuhan ubi jenis keladi daripada keluarga araceae yang lazimnya tumbuh liar di kawasan agak lembap dan subur. Menurut cerita orang dahulu kala, nama Kampung Kemahang diperoleh kerana kewujudan keladi itu yang banyak tumbuh meliar di kawasan itu. keistimewaan keladi kemahang tidak gatal sama ada daun, pelepah dan sulur keladi. Namun, punca ia tidak gatal masih tidak diketahui hingga kini. jika salah teknik masakan, boleh menyebabkan keladi tersebut bertukar menjadi gatal dan tidak boleh dimakan. “Cara masak keladi ni senang... lepas dicampurkan bahan asas seperti tempoyak dan lada, kacau sesekali saja. Masa di atas dapur jangan kerap mengacau atau balik-balikkan keladi, sebab boleh tukar jadi gatal sekali gus jejaskan rasa masakan,” katanya. Mengikut petua orang dahulu, semasa mengambil batang keladi kemahang, ia perlu dicabut terus dari perdunya dan tidak boleh bertindih bayang si pengambil atau bayan...
- Get link
- X
- Other Apps
RAFFLESIA DI KG BONGOR!.. Sejam meredah hutan dan sungai selain menaiki kenderaan pacuan empat roda selama 20 minit untuk sampai ke Hutan Simpan Gerik dari Kampung Bongor, Perak antara pengalaman unik yang diperoleh Zuraidah Othman, 42. Zuraidah yang mengetuai sekumpulan 10 orang pencinta alam dari Shah Alam, Selangor yang diberi nama Hiking Gurl turut ‘berperang’ dengan pacat untuk melihat sendiri bunga Rafflesia daripada spesies Psychotria cantleyi di kampung itu. “Kepenatan berjalan, merangkak dan mendaki laluan selain digigit pacat hilang selepas bertemu sang gergasi yang sedang mekar itu,” katanya. Tambah Zuraidah, dalam perjalanan ke lokasi bunga itu, kumpulan tersebut turut didedahkan dengan pelbagai maklumat mengenai herba dan pokok-pokok hutan yang jarang ditemui. “Pengalaman ini pasti akan membuatkan kami lebih menghargai alam semula jadi yang begitu subur dan hijau di negara sendiri. “Syabas diucapkan kepada para penduduk Kampung Bongor atas inisiatif menjaga dan memel...