Dari Air Beruk ke hotel lima bintang MUHAMAD MAT YAKIM 29 Mei 2015 SUATU ketika, Sultan Perak ke-33, Sultan Idris Shah berangkat ke Gerik yang pada masa itu diketuai oleh Penghulu Tok Purba Lahamat. Kebiasaannya setiap kali turun ke Gerik, Sultan Idris akan minta dihidangkan masakan ikan kelah khusus dari sebatang sungai di Temenggor. Saya tidak ingat nama sungai itu. Bagaimanapun dalam salah satu kunjungan baginda, tiada bekalan ikan kelah diperoleh dari sungai berkenaan, lalu ikan kelah dari sungai yang lain dimasak dan dihidangkan untuk santapan baginda. Ketika bersantap, Sultan Idris dikatakan telah merungut mengenai kelainan rasa ikan kelah yang dihidangkan. Ini menunjukkan baginda sememangnya cukup arif mengenai ikan sungai. Walaupun ikan jenis yang sama, hanya kerana dari sungai yang lain, baginda dapat membezakannya. Lebih menarik kerana ikan itu sudah dimasak! Cerita ini bukan sahaja mengenai kepakaran Sultan Idris Shah mengenal perbezaan rasa ikan daripada habitatnya tet...
Posts
Showing posts from May, 2015
- Get link
- X
- Other Apps
Berbuka Puasa Kampung Delights With Traditional Authentic Dishes from Hulu Perak @Hotel Maya Kuala Lumpur June – July 2015 Berbuka Puasa Kampung Delights @ Maya Brasserie 18 June – 16 July 2015 Buffet Dinner RM 135 per adult RM 90 for children between 5 – 12 years old EARLY BIRDS voucher at RM 120 Celebrate the fasting month with a spirit of good will and togetherness in the exciting ambience of Maya Brasserie. During the month, Hotel Maya Kuala Lumpur will offering a month- long berbuka puasa buffet serving sumptuous home-styled of Ala Kampung sweets and savoury favourites accompanied by a spread of International and local delicacies to suit your palate. Guest chef, Chef Isa together with Maya Brasserie kitchen team will whip up servings of traditional authentic dishes from Hulu Perak especially for this promotion. Among favourites that will be served include Nasi Lemang Daun Bemban, Ikan Baung Masak Gulai Tempoyak Pattani, Ikan Sebarau Gulai Sakai, Rendang Ayam Pattani, Dagi...
- Get link
- X
- Other Apps
KUALA KANGSAR 7 Mei - Istiadat Mengambil Air Bersiram Tabal sempena Pertabalan Sultan Perak ke-35 yang bermula pada pukul 9.45 pagi tadi selamat disempurnakan kira-kira pada pukul 11.55 pagi hari ini. Jawatankuasa Pelaksana Adat dan istiadat, Datuk Seri Wan Mohd. Fathir Wan Hussain berkata, sebanyak tujuh bot yang membawa anggota dan peralatan istiadat termasuk 16 Geluk Mas Perak berjaya mengambil air di tujuh kuala Sungai Perak. "Kita selamat menjalankan salah satu istiadat berkaitan Pertabalan Sultan Perak ke-35. Kita bermula di kuala Sungai Kangsar dan berakhir di kuala Sungai Menora "Tugas mengambil air ini diberikan kepada Tok Nara Diraja dan Pawang Diraja. Air ini akan digunakan dalam Istiadat Bersiram Tabal selepas Tabal Pusaka berlangsung di Istana Iskandariah malam ini," jelas Wan Mohd. Fathir. Beliau berkata, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim akan Bersiram Tabal menggunakan air tujuh muara tersebut...
- Get link
- X
- Other Apps
ANDA penggemar makanan eksotik? Jika anda dalam perjalanan ke Taman Negara Royal Belum di Perak, jangan lupa singgah di sekitar kawasan Gerik untuk menikmati makanan itu. Selain panoramanya yang memukau pandangan, Gerik juga rupa-rupanya ‘menyediakan’ anda dengan hidangan eksotik yang begitu menyelerakan. Jika dahulu Gerik dikenali dengan kisah ikan ‘salmonnya’ kini Gerik muncul dengan produk terbaru iaitu hidangan Melayu Pattani yang kini seolah-olah menjadi buruan masyarakat yang inginkan sesuatu kelainan kepada lidah mereka. Jika disebut nasi lemang daun bemban, umbut bayas air lawa, kelah masak lemak, ikan sebarau masak sakai, ubi gadung dan ikan baung masak lemak tempoyak, pasti tidak tergambar keenakannya, lebih-lebih lagi ia dimasak dalam buluh, pasti memberi kelainan kepada sesiapa yang ingin mencubanya. Menurut Pengerusi Persatuan Anak Gerik Di Perantauan (Pagar), Tajuddin Mohd Ali, 33, sajian istimewa itu adalah hidangan gabungan Melayu Gerik Pattani y...