Posts

Image
RM100 JE?! Haa mst ada tak tau. Comeyy tempat ni πŸ˜πŸ‘πŸ» Khas untuk family day, mandi manda dan banyak lagi aktiviti best. Kaki pancing pun mesti suka tempat ni. Kalau tengok gambar2 mst terus nak ajak member hehe πŸ“Suara Rimba Hulu Langat Chalet
Image
Tempat menarik di Gerik, Perak Tempat menarik di Gerik, Perak | Jangan terkejut walaupun pekan Gerik adalah antara pekan yang kecil tapi susana dan pandangan di pekan Gerik sangat cantik dan super! Kiri dan kanan dilitupi oleh bukit bukau! Memang cantik dan menarik pemandangan terutama pada waktu pagi siap nampak kabus di sebalik bukit. Rasa damai dan sejuk mata memandang. Padia yang menarik kat gerik ni? Kalau dulu, bila sampai Gerikorang pesan hati2.. cakap santau lar,tempat jin bertendang lar,komunis lar,xdakapa pun semuanya terbaikdan ok je.., benda pertama orang akan tanya adalah kat gerik banyak gajah tak?Jika melalui jln Gerik -Jeli.. haha. Dulu orang tak kenal sangat Gerik ni. Paling-paling pun orang sebelah Pantai timur je akan kenal dengan pekan Gerik ni. Sebab Gerik merupakan pekan terakhir sebelum diorang mendaki merentasi Banjaran Titiwangsa yang memisahkan Negeri Perak dan Kelantan. So orang yang lalu Lebuhraya Timur-Barat tu, memang selalu terserempak dengan Pak Long a...
Image
Istana Raja 100tahun DiKroh Lapan sekeluarga yang kini tinggal di Istana Singgah yang pernah menjadi istana keturunan Raja Reman pada akhir 1800 sehingga awal 1900 tidak menduga boleh kekal tinggal di istana berusia lebih seabad itu. Cicit kepada Raja Reman daripada keturunan Tuan Lebeh Tuan Jagong iaitu Tengku Razman Tuan Syed Ngalam Alwi, 49, berkata, dia bersama ibunya, Ramlah Mat Saman, 74, isterinya, Mariati Kamarudin, 40, dan lima anak hidup bahagia serta tinggal di kediaman mereka yang suatu ketika dulu dijadikan Istana Singgah di Kampung Selarong, Pengkalan Hulu, Perak sehingga kini. Istana milik keturunan Raja Reman dibina daripada kayu lebih 100 tahun lalu itu pernah menjadi istana tempat persinggahan keturunan Raja Reman ketika melawat ke kawasan jajahan takluknya di kawasan utara negara ini. “Memang rumah ini asalnya adalah Istana Singgah kepada keturunan Raja Reman sejak akhir tahun 1800 dan awal 1900 kerana pusat pemerintahannya di Kota Baru, Yala, Thailand sehingga ...
Image
Siapakah Tok Temong Dalam Sejarah Perak? Tok Temong adalah seorang perempuan yang juga seorang pemerintah di daerah Temong yang terletak di negeri Perak. Pemerintahannya adalah sebelum bermulanya pemerintahan Sultan Muazaffar Shah dalam tahun 1528 hingga 1549. Di hari pertabalan baginda Sultan perak, Tok Temong telah menghadiahkan sebuah geliga embun yang kini dijadikan sebagai salah satu daripada alat kebesaran negeri Perak iaitu Mestika Embun hingga ke hari ini. peta makam tok temong Pada permulaan ceritanya, selepas Tun Saban iaitu abang Tok Temong meninggalkan Kampar di Sumatra untuk kembali ke Tanah Melayu, beliau telah berpindah ke Beredong Budi di Hulu Petani. Kemudian berpindah pula ke Belum di Hulu Perak yang mana pada ketika itu beliau telah membuka sebuah kampung bernama Relap Reli. Tun Saban telah menjadi ketua di Belum dan seterusnya mengangkat seorang daripada adik perempuannya yang bernama Tun Perabu menjadi ketua di tempat bernama Temong dan dari situlah adik perem...
Image
Bersantai di Rumah Bot di Tasik Temenggor,Pulau Banding Gerik, Perak bagaikan berada di atas kapal cruise yang belayar di lautan, tetapi di sini lebih istimewa kerana pengunjung boleh menghayati pelbagai keunikan alam ciptaan Tuhan. Pelancongan persis di atas kapal cruise mewah di Tasik Banding kira-kira 45 kilometer dari pekan Gerik ini, pelancong boleh memilih sama ada ke selatan di Tasik Temengor atau ke utara di Hutan Royal Belum yang kedua-duanya menjanjikan keseronokan tersendiri. Terdapat 20 rumah bot yang boleh disewa khas secara pakej sama ada untuk sehari atau tiga hari dua malam bagi memenuhi percutian santai terutama ke Taman Royal Belum yang diwartakan di bawah Enakmen Perbadanan Taman Negeri Perak 2001 oleh Kerajaan Perak pada 17 April 2007 itu. Kerajaan negeri turut menggamit pelancong ke sini dengan membina pelbagai kemudahan asas termasuk Hentian Royal Belum Amanjaya yang lebih sistematik dan selamat menggantikan Jeti Awam Tasik Banding sebelum ini. Rumah bot dua t...
Image
Seorang wanita tua yang berjemaah solat bersama saya, berbual selepas solat ketika saya berada di motosikal, untuk balik. Saya bertanya tentang sambutan raya yang baru berlalu dan hal anak tunggalnya. Air mukanya terus berubah. "Dia sampai kampung pagi raya, dengan anak dan isterinya. Katanya bila cuti, jalan tak jem. Tak apalah, asalkan dia balik. "Petang raya, dia kata nak pergi ke rumah mentua di Kampung Tongplu, Pedu, dan tidur di sana. Saya tak kata apa. Tetapi semasa mereka nak naik kereta, cucu saya bertanya pada ibunya, 'kita nak tidur di hotel semalam ke?'. "Ibu dan bapa dia diam sahaja. Tetapi saya sempat melihat menantu saya membeliakkan mata pada anaknya," katanya lalu mtunduk dan mula mengesat air matanya dengan hujung telekong yang masih dipakai. Saya faham, anak dia sebenarnya bermalam di hotel dan pagi itu baru pulang ke rumah orang tuanya. Kes pecah tembelang. "Hinanya kami ibu bapa dia. Bapa yang membesarkan dia, yang men...
Image
KEJADIAN bot Orang Asli terbalik selepas merempuh 'tunggul kayu' di permukaan Tasik Temengor, Banding, Perak mungkin tidak begitu diketahui oleh dunia luar, namun tidak pernah dilupakan penduduk di sekitar tasik yang terletak di Hulu Perak itu. Walaupun tidak dilaporkan di dada akhbar, kejadian yang berlaku pada pertengahan 1990-an itu pernah menjadi topik perbualan yang hangat kerana dianggap aneh dan luar biasa. Penulis berkunjung ke jeti awam Tasik Temengor untuk mendengar cerita sebenar daripada Roslan Hashim. Pengusaha warung makanan di situ merupakan antara 'orang-orang lama' yang cukup arif mengenai kisah yang berlaku di sekitar tasik tersebut. Roslan, 53, ketika menceritakan semula kejadian itu berkata, kemalangan yang menyebabkan bot dinaiki sekumpulan Orang Asli itu terbalik ke dalam tasik bukan kerana terlanggar tunggul kayu tetapi objek tersebut sebenarnya adalah seekor ikan tapah gergasi. "Saya sempat bertemu dengan Orang Asli yang terlibat da...