Jom mika ke Royal Belum!
HUTAN BELUM(ROYAL BELUM) Merangkumi keluasan 1,400 hektar daripada keseluruhan kawasan Belum yang berkeluasan 3,110 kilometer persegi, Lembah Belum Selatan merupakan destinasi baru eko-pelancongan semula jadi di Perak. Bersempadankan Lebuh Raya Timur-Barat sebagai pemisah antara Lembah Belum Selatan yang sedang dimajukan sebagai pusat pelancongan dengan Belum Utara yang masih menjadi ‘kawasan larangan’ dan berada di bawah kawalan keselamatan tentera dan polis, pelbagai cerita misteri dan khazanah alam menanti untuk diselami dan dijejaki oleh pencinta aktiviti alam semula jadi. Misteri di sebalik kekayaan habitat fauna dan flora di situ dikatakan ada hubung kait dengan legenda asal usul Belum. Nama Hutan Belum diambil dari nama asal perkampungan Melayu, Kampung Belum Lama yang dibuka oleh sepasang suami isteri bernama ‘Tok pulanghari’..Pasangan ini mendapat gelaran ‘Tok Pulanghari’ disebabkan kedua-dua pasangan ini boleh pulang dan balik daripada Pattani,Thailand ke Belum dalam ma...





















Comments
Post a Comment