Posts

Showing posts from July, 2017
Image
Bersantai di Rumah Bot di Tasik Temenggor,Pulau Banding Gerik, Perak bagaikan berada di atas kapal cruise yang belayar di lautan, tetapi di sini lebih istimewa kerana pengunjung boleh menghayati pelbagai keunikan alam ciptaan Tuhan. Pelancongan persis di atas kapal cruise mewah di Tasik Banding kira-kira 45 kilometer dari pekan Gerik ini, pelancong boleh memilih sama ada ke selatan di Tasik Temengor atau ke utara di Hutan Royal Belum yang kedua-duanya menjanjikan keseronokan tersendiri. Terdapat 20 rumah bot yang boleh disewa khas secara pakej sama ada untuk sehari atau tiga hari dua malam bagi memenuhi percutian santai terutama ke Taman Royal Belum yang diwartakan di bawah Enakmen Perbadanan Taman Negeri Perak 2001 oleh Kerajaan Perak pada 17 April 2007 itu. Kerajaan negeri turut menggamit pelancong ke sini dengan membina pelbagai kemudahan asas termasuk Hentian Royal Belum Amanjaya yang lebih sistematik dan selamat menggantikan Jeti Awam Tasik Banding sebelum ini. Rumah bot dua t...