Seorang wanita tua yang berjemaah solat bersama saya, berbual selepas solat ketika saya berada di motosikal, untuk balik. Saya bertanya tentang sambutan raya yang baru berlalu dan hal anak tunggalnya. Air mukanya terus berubah. "Dia sampai kampung pagi raya, dengan anak dan isterinya. Katanya bila cuti, jalan tak jem. Tak apalah, asalkan dia balik. "Petang raya, dia kata nak pergi ke rumah mentua di Kampung Tongplu, Pedu, dan tidur di sana. Saya tak kata apa. Tetapi semasa mereka nak naik kereta, cucu saya bertanya pada ibunya, 'kita nak tidur di hotel semalam ke?'. "Ibu dan bapa dia diam sahaja. Tetapi saya sempat melihat menantu saya membeliakkan mata pada anaknya," katanya lalu mtunduk dan mula mengesat air matanya dengan hujung telekong yang masih dipakai. Saya faham, anak dia sebenarnya bermalam di hotel dan pagi itu baru pulang ke rumah orang tuanya. Kes pecah tembelang. "Hinanya kami ibu bapa dia. Bapa yang membesarkan dia, yang men...
Posts
Showing posts from June, 2017