Gadis gigit kemaluan perogol hingga putus. Zimbabwe, Dia hanya mengenali penyerangnya selama beberapa hari apabila lelaki berkenaan cuba merogolnya di rumah seorang rakan. Penyerang itu mula mengoyakkan pakaian gadis itu selepas mangsa enggan mengadakan seks dengannya. Selepas gagal melepaskan diri, gadis itu bertindak nekad menggigit hujung kemaluan lelaki itu hingga putus. Seorang saksi berkata: “Gadis itu meluru keluar dari rumah rakannya dengan menjerit ‘perogol, perogol, perogol.’ “Pakaiannya koyak rabak dan ada kesan darah padanya. Kemudian lelaki itu pula keluar menjerit ‘tolong, tolong, tolong.’ “Dia juga berlumuran darah. Ketika itu baru kami sedar gadis itu menggigit kemaluan lelaki itu.” Penyerang dilapor berguling di atas tanah kerana menahan sakit sebelum dia dihantar ke hospital. Dia bernasib baik kerana doktor berjaya menyambung semula kemaluannya. “Dia masih di hospital. Mungkin selama beberapa minggu lagi,” kata jurucakap hospital.
Posts
Showing posts from July, 2015
- Get link
- X
- Other Apps
Kisah Wanita Paling Hodoh Didunia Yang Pasti Membuka Minda Anda. Dulu kerap di-bully, kini jadi motivasi Lizzie Velasquez, 24, didiagnosis mengidap sindrom yang jarang berlaku, neonatal progeroid atau mempercepatkan penuaan awal yang membuat tubuhnya tidak boleh menyimpan lemak. Tidak kira berapa banyak dia makan, berat badan Lizzie tidak boleh bertambah dan hal tersebut membuatnya kekurangan gizi. Akibatnya, Lizzie kelihatan begitu kurus. Dia kelihatan bagai tulang berbungkus kulit. Lizzie pun kehilangan salah satu penglihatannya. Mata kanannya kini buta. Tetapi, gadis berusia 24 tahun tersebut tidak putus asa. Dia bahkan menjadi sumber inspirasi tentang erti kecantikan. Malangnya, perjuangan Lizzie untuk merasa dirinya cantik adalah hal yang sangat sukar. Sejak kecil, akibat keadaannya, gadis yang berasal dari Texas, Amerika Syarikat, tersebut sudah menjadi mangsa buli. Di sekolah menengah, Lizzie menemui sebuah video mengenai dirinya di YouTube dengan tajuk "รข World S...