Posts

Showing posts from June, 2015
Nikmat Sihat Sebelum Sakit. Tidak ada alasan untuk kita meninggalkan solat ketika tubuh sihat. Sesibuk mana pun kita bekerja kerana mencari nafkah untuk keluarga, bila masuk waktu kita perlu solat. Solat tidak boleh kita tinggalkan kerana kita mampu mengerjakannya. Semasa sihat inilah juga kita selalu diingatkan supaya banyak berzikir dan mengingati Allah. Bila kita ingat kepada Allah nescaya Allah juga akan ingat kepada kita. Ada sebuah riwayat yang menyebutkan mengenai seorang hamba Allah yang soleh telah mencapai usia 70 tahun tetapi masih sihat. Ketika ditanya seorang hamba Allah dia menjawab, “Anggota badanku ini sejak kecil aku jaga untuk selalu taat kepada Allah s.w.t. Oleh kerana itu Allah menjaganya untukku di saat aku sudah tua.” Nikmat sihat adalah paling agung yang sentiasa diharapkan setiap manusia di bumi ini agar dapat hidup bahagia dan sejahtera. Manusia boleh melakukan apa saja kerja jika sihat dan sekali gus menunaikan kewajipan kepada Allah yang berkaitan dengan...