Istana Raja 100tahun DiKroh Lapan sekeluarga yang kini tinggal di Istana Singgah yang pernah menjadi istana keturunan Raja Reman pada akhir 1800 sehingga awal 1900 tidak menduga boleh kekal tinggal di istana berusia lebih seabad itu. Cicit kepada Raja Reman daripada keturunan Tuan Lebeh Tuan Jagong iaitu Tengku Razman Tuan Syed Ngalam Alwi, 49, berkata, dia bersama ibunya, Ramlah Mat Saman, 74, isterinya, Mariati Kamarudin, 40, dan lima anak hidup bahagia serta tinggal di kediaman mereka yang suatu ketika dulu dijadikan Istana Singgah di Kampung Selarong, Pengkalan Hulu, Perak sehingga kini. Istana milik keturunan Raja Reman dibina daripada kayu lebih 100 tahun lalu itu pernah menjadi istana tempat persinggahan keturunan Raja Reman ketika melawat ke kawasan jajahan takluknya di kawasan utara negara ini. “Memang rumah ini asalnya adalah Istana Singgah kepada keturunan Raja Reman sejak akhir tahun 1800 dan awal 1900 kerana pusat pemerintahannya di Kota Baru, Yala, Thailand sehingga ...