
PEKAN KATI! PADANG RENGAS - Bagi penduduk Kuala Kangsar, nama Kati bukanlah asing pada mereka namun ramai tidak mengetahui sejarah tempat itu dan bagaimana Kati mendapat namanya. Tidak banyak cerita disampaikan dari satu generasi ke generasi yang lain berhubung asal-usul nama Kati, justeru seakan mengiakan cerita disebarkan penduduk sejak turun-temurun. Alkisahnya, pekan Kati dahulunya merupakan tempat tumpuan kerana penduduk sekitar datang ke pekan ini untuk menjual bijih timah memandangkan masyarakat di sini terlibat dalam industri itu, puluhan tahun lepas. Ketua Kampung Kati, Mohd Nazip Osman berkata, penduduk di Kati dahulunya menjalankan kerja mendulang bijih timah di kawasan-kawasan gunung berhampiran. “Bila mereka mahu menjual bijih, mereka datang ke pekan. Bila kawan-kawan tanya, mereka kata nak ke Kati, nak timbang bijih timah. “Dari situlah bermulanya nama Kati. Sebelum itu kami tidak tahu apa nama kawasan ini namun dari mana Kati mendapat nama, dari kejadian itulah k...