
Dari Air Beruk ke hotel lima bintang MUHAMAD MAT YAKIM 29 Mei 2015 SUATU ketika, Sultan Perak ke-33, Sultan Idris Shah berangkat ke Gerik yang pada masa itu diketuai oleh Penghulu Tok Purba Lahamat. Kebiasaannya setiap kali turun ke Gerik, Sultan Idris akan minta dihidangkan masakan ikan kelah khusus dari sebatang sungai di Temenggor. Saya tidak ingat nama sungai itu. Bagaimanapun dalam salah satu kunjungan baginda, tiada bekalan ikan kelah diperoleh dari sungai berkenaan, lalu ikan kelah dari sungai yang lain dimasak dan dihidangkan untuk santapan baginda. Ketika bersantap, Sultan Idris dikatakan telah merungut mengenai kelainan rasa ikan kelah yang dihidangkan. Ini menunjukkan baginda sememangnya cukup arif mengenai ikan sungai. Walaupun ikan jenis yang sama, hanya kerana dari sungai yang lain, baginda dapat membezakannya. Lebih menarik kerana ikan itu sudah dimasak! Cerita ini bukan sahaja mengenai kepakaran Sultan Idris Shah mengenal perbezaan rasa ikan daripada habitatnya tet...